2025 Review — Tahun Saya Bina & Cuba Scale
Awal tahun 2026 ni, saya ambik keputusan untuk seriously review goals tahun lepas. Sebelum ini goals yang saya tulis setiap tahun, saya tak pernah publish. Cukup sekadar jadi rujukan sendiri samada dalam personal notes atau notebook.
Tapi tahun ni saya ambik keputasan untuk publish to public supaya boleh:
- menjadi rujukan untuk saya sendiri untuk tahun-tahun akan datang.
- hopefully menjadi inspirasi kepada yang pembaca-pembaca blog ni macam blog Nathan Barry & Nat Eliason inspired saya untuk menulis.
Untuk record, saya sebenarnya tak letakkan apa-apa formal goals bagi tahun 2025. Tapi ada beberapa benda yang saya cuba nak capai. Jadi tanpa basa-basi, ini beberapa highlights sepanjang tahun lepas.
Blog Ameruddin Ibrahim
Awal tahun 2025, saya tekad untuk luangkan masa dan tenaga untuk bina blog ini dari bawah. Saya mahukan blog yang saya boleh belajar, berkongsi, dan grow bersama-sama. At least for the next 10 years daripada sekarang.
Luckily saya terjumpa platform Ghost di internet. Lepas pada tu saya memang tak cari platform lain dah untuk menulis blog.
Jadi untuk tahun 2025, saya berjaya publish hampir 40 blog post dan lebih berpuluh newsletter dalam blog ni. Satu pencapaian yang saya sendiri tak sangka.
Setiap minggu saya akan cuba disiplin untuk publish 1 blogpost & 1 newsletter. Still ada minggu yang missed. Tapi alhamdulillah masuk penghujung tahun lepas saya kembali konsisten.
Daripada hanya ada tak sampai 5 visitor sebulan, blog ni telah cecah lebih 200 organic click setiap bulan daripada enjin search Google.

Sementara jumlah visitor bagi semua platform termasuk sosial media seperti X, Facebook dan lain-lain, for the last 90 days, blog ni capai hingga 814 visitor, dengan 1.3K views & visit duration selama 1 minit 25 saat.

Boleh dikatakan lebih 90% discovery blog ini adalah melalui carian Google. Sementara kurang 10% adalah daripada social media dan lain-lain.
Which is actually good. Sebab saya ada proof-of -concept yang kau tak perlukan ragebait atau clickbait artikel untuk orang jumpa dan baca tulisan kau.
Bagi seasoned writer atau blogger yang lain, jumlah dalam gambar tu dianggap rendah. Tapi personally saya rasa ianya besar. Kerana hampir 100% discovery adalah secara organik. Tanpa ads atau kos.
Konten-konten yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri dalam 3 niche besar iaitu personal finance, bisness dan writing.
Capai RM20K Portfolio Pelaburan
Pelan asal sebenarnya adalah jauh lebih rendah. Saya hanya target nak ada RM10,000 saja. Tapi alhamdulillah seawal bulan May 2025, portfolio tersebut sudah RM9,600.

Padahal kalau nak cerita, masa hujung tahun 2024, boleh katakan simpanan anak-anak saya sendiri jauh lebih banyak.
Tapi sewaktu saya tengah tulis blogpost ini, 5 January 2026, nilai portfolio saya adalah lebih RM21K. Jumlahnya 2 kali ganda dari target asal. Memang luar jangkaan.

Daripada hanya RM1.5K pada Januari 2025, jadi RM9.6K pada May 2025. Dan akhirnya jadi RM21K pada awal Januari 2026.
Untuk pembaca yang curious, growth dalam portfolio ni bukan sebab profit semata-mata. Sebahagian besarnya adalah daripada modal yang saya tambah secara konsisten setiap bulan.
Saya bukan dalam kategori aktif investor atau trader yang tengok chart setiap hari. Pendekatan yang saya ambik adalah "good investment supposed to be boring".
Selain dari strategi pelaburan yang saya dah setup untuk semua instrumen seperti ASB, ASBF, Wahed Invest dan lain-lain, portfolio ni jugak dibantu dengan beberapa sumber pendapatan yang saya jana tahun lepas.
Iaitu referral fees bagi ASBF dan jugak komisen daripada jualan rumah sebagai ejen hartanah.

Seperti salah satu daripada 7 prinsip kewangan dalam buku The Richest Main in Babylon adalah diversify your income, selain daripada pay yourself first. Itu antara 2 benda yang saya buat untuk tahun 2025.
Bayar Semua Hutang On-Time
Bagi saya ni pun salah satu major highlight untuk tahun 2025 lepas.
Saya boleh katakan daripada gaji kerja hakiki, hampir 80% adalah untuk pengurusan keluarga dan anak-anak. Tidak termasuk hutang & perbelanjaan diri sendiri.
Jangan terkejut ya. saya rasa ni adalah realiti kebanyakkan seorang suami yang sudah bekeluarga dan mempunyai at least 2 orang anak hari ini. Cumanya saya bersyukur sebab ada 2 sumber pendapatan lain yang saya bina lebih awal tadi.
Jadi walaupun duit pengurusan keluarga dan anak-anak tinggi, saya masih boleh bayar semua hutang dan komitment lain on-time dan pada masa yang sama saya masih boleh menyimpan dan melabur.
Dan tahun 2025 jugak saya ambik keputusan untuk upah ejen cukai yang professional untuk pengurusan cukai. Saya tak nak ambik risiko tersalah isi borang atau tersalah declare cukai.
Better spend some money untuk save more money in future.
1st Oversea Trip to Singapore Zoo

Masuk akhir suku tahun ke-3 2025, saya dan beberapa ahli keluarga ada rancangan untuk pergi ke zoo di Singapura.
Tetapi saya, isteri dan 2 orang anak-anak kami kena renew (saya dan isteri) dan buat passport (anak-anak) baru. Dipendekkan cerita, pada pertengahan bulan Ogos, saya akhirnya berjaya selesaikan proses jual beli rumah bekas professor saya dulu.
Oleh kerana rumah tersebut perlu ditukar status daripada lot bumiputera kepada lot international, proses tersebut ambik masa hingga hampir 10 bulan. Sebab itulah saya pilih untuk explore REITs.
Jadi hasil komisen jual rumah tersebut, saya ambik sebahagianya untuk renew dan buat passport untuk kami sekeluarga.
Dan pada bulan September 2025, kami berjaya selesaikan so-called oversea trip pertama kami sekeluarga di Singapore Zoo. Atau dikenali dengan Mandai Zoo. Semuanya happy sangat dapat pengalaman pergi ke zoo luar negara di sana.
Fun fact: 1 tahun sebelumnya, September 2024, kami pergi ke zoo negara di Kuala Lumpur.
Challenges
Masuk Q3 & Q4 banyak benda yang saya rancang tidak menjadi. Tapi walaupun begitu benda ni adalah pengajaran untuk saya belajar. Antaranya:
- Fitness memang ke laut bila masuk Q3 & Q4
- Projek house decoration belum sepenuhnya siap especially bahagian ruang tamu. Kami mahukan flutted wall panel & 2 rak buku besar.
- Crash course "Bijak Sebelum Kaya" tak menjadi sebab saya hilang fokus
- Karier trajectory tak menjadi. Dan ianya bagi saya persoalkan semula apa sebenarnya sebab utama untuk saya masuk dalam tech/IT. Income? Atau benda lain yang saya risaukan?
- Personal brand di Youtube (long-form) & Tiktok (short-form) tak banyak progress. Dan tak konsisten.
- ...dan banyak lagi. Tapi saya percara results take time and always WIP (work in progress).
Other Wins & Momentum
- Projek raised-bed. Sudah mula ada progress. Ada beberapa pokok yang dah mula hasilkan buah atau sekurang-kurangya tumbuh segar. Antaranya, pokok timun, pokok cili dan pokok longan.

- Homelab. Tahun lepas saya termauk dalam rabbit hole pasal homelab. Jadi hasilnya, saya berjaya buat integrated homelab di rumah dengan beberapa features seperti:
- Mini-server
- Pi-Hole
- NAS
- Jellyfin
- Torrent

- Subscriber growth. Walaupun crash course "Bijak Sebelum Kaya" tak menjadi, saya menjaya eksperimenkannya jadi email catcher visitor yang masuk ke blog ni. Hasilnya ada sekitar 15-20% growth bagi jumlah subscribers.
Sumber Pendapatan Lain
Referral Fees ASB Financing (ASBF)
Referral fees ini menyumbang sekitar 30% daripada keseluruhan pendapatan saya bagi tahun 2025. Dan ini adalah peningkatan sikit daripada tahun sebelumnya. Sebab team kami pun semakin bertambah berbanding tahun 2024.
Jadi, saya tengah fikirkan cara dan strategi untuk sama-sama team dalam pemasaran ASBF seterusnya menyumbang kepada pendapatan saya untuk tahun 2026 ini.
Sebab itu jugaklah saya fikirkan untuk saya kembali aktif dalam hasilkan konten-konten di Youtube dan jugak TikTok.
Commission Jual Rumah
Komisen jual rumah saya tahun lepas tidaklah banyak sangat berbanding tahun sebelumnya. Selain daripada komisen jual rumah bekas professor saya tadi, ada spill over komisen daripada jual yang saya bantu jual pada tahun 2024.
Secara keseluruhan komisen jual rumah ni contribute sekitar 20-23% daripada total pendapatan tahun 2025.
Saya anggarkan komisen jual rumah ini akan berhenti tahun ini oleh kerana saya pun tidak begitu aktif lagi dalam industri jual beli hartanah.
Lifestyle
Relationship
Ini antara perkara yang saya dengan isteri banyak improve dan belajar tahun 2025. Kami lebih open dan banyak jujur pasal isi hati dan perasaan. Kalau ada saja apa-apa yang perlu diluahkan kami akan duduk dan berbincang.
Benda ini kami berdua ambik masa untuk belajar dan biasakan. Alhamdulillah, lepas hampir 7 tahun perkahwinan kami berdua getting used to it. Or at least, i'm getting used to it.
Dan ini sangat membantu untuk kami lebih memahami isi hati dan perasaan masing-masing.
Parenting
Sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak, tahun ni saya belajar untuk lebih tenang dalam menguruskan kerenah anak-anak. Tenang is good.
Dan bila meningkat tahun, kedua-dua mereka tak pernah gagal untuk mencuit dan mengembirakan hati kami sebagai ibu dan ayah. Terutamanya dengan akal dan aksi mereka. Walaupun kadang-kadang menundang sakit kepala jugak 😅.
Travel
Tahun lepas boleh katakan saya sekeluarga pun banyak berjalan-jalan di semenanjung Malaysia. Antara yang tempat atau negeri kami kami singgah adalah:
- Ipoh
- Zoo Negara
- Kota Bahru, of course my hometown
- Kuala Lumpur
- Camping di kawasan Desaru
Saya faham tahun 2026 boleh berjalan-jalan lagi. Terutamanya di luar negara pulak. Since passport semua dah ada kan.
Reading
Hujung tahun lepas, saya temui kembali minat saya untuk membaca. Credit to my wife. Saya akan kongsikan bagaimana nak jadikan "reading is fun again". Read my blog post here.
Goals 2026
Tadi beberapa major highlights yang saya kongsikan untuk tahun 2025. Jadi soalan yang utama sekarang, macamana saya nak tahun ini, tahun 2026, akan jadi?
Apa goals yang saya nak capai? Aspek apa yang saya nak titikberatkan? Dan sudah semestinya apa perkara yang saya kena korbankan atau bertolak ansur?
- Financial – Capai RM50K investment portfolio & hit annual income RM100K
- Travel – Travel more; Thailand (Q1), Vietnam (Q3), dan Indonesia
- Blog
- Kembangkan blog ni jadi 10,000 click setiap bulan
- Naikkan newsletter subscriber jadi 1,000
- Personal Brand – Matlamatnya adalah untuk konsisten & scale. Saya akan kekal publish blog post mingguan & newsletter setiap hari Rabu & Jumaat. Dan nak kembali publish long-form & short-form konten di Youtube dan TikTok.
- Baca Buku – Tahun 2026 saya nak baca lebih banyak buku. Target saya adalah 15 buku.
- SEO Projek – Dapat 1st customer dan capai Rm10K pertama daripda projek SEO
- Fitness – Sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu exercise atau jogging
- Roam Bootcamp – Intentional Output? Nanti saya akan ceritakan kemudian pasal projek ini.
- Tulis Buku Pertama – Saya dah lama teringin nak tulis dan publish buku. Mungkin tahun ni boleh jadi saya sekurang-kurangnya siapkan draft buku tersebut.
Semua ini perlukan saya untuk focus. Tapi antara benda yang kena tahu saya kena bertolak ansur adalah saya tak mampu untuk fokus semuanya serentak. The universe is just like “Okay, let’s see how that works out.”
Tahun 2025 adalah tahun yang bagus. Macam saya tulis tadi ini adalah tahun dimana saya bina dan cuba untuk scale. Anda yang membaca tulisan ini atau post sebelumnya memainkan peranan dan saya rasa sangat bersyukur.
Baik anda adalah kawan in real life atau dalam internet, atau memang pembaca tulisan-tulisan saya, terima kasih untuk tahun 2025.
Ayuh 2026!
Member discussion