The Malaysian Levels of Wealth: 3 Jalan Untuk Level Up
Bulan lepas, saya ada baca satu artikel dari salah sorang kawan digital saya, Aaron Tang, yang bertajuk "The Malaysians Ladder of Wealth". Tulisannya menarik, bercerita pasal 6 tangga kekayaan bagi konteks rakyat Malaysia.
Ianya bukan sekadar opinion-based tetapi artikel ni lengkap dengan info dan nombor-nombor daripada institusi dan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan jugak Khazanah Research Institute (KRI).
Istilah yang kita selalu dengar bila cakap pasal kekayaan isi rumah ni adalah B40, M40 dan T20. Tetapi tulisan ni kita boleh tengok details bukan sekadar berapa aset nilai bersih (networth) tetapi jugak jumlah individu yang berada di setiap tangga kekayaan tersebut.
Kalau korang berminat nak baca artikel berkenaan, saya sediakan link di sini. Thanks Aaron atau Mr-Stingy sebab berkongsi tulisan tersebut.
Dalam blog post ni saya nak bagi ringkasan dan sedikit ulasan pasal tulisan tersebut dan seterusnya saya nak kongsikan bagaimana untuk majoriti rakyat Malaysia (spoiler:berada di tangga ke 2 & 3) untuk naik ke tangga lebih tinggi.
6 Tangga Kekayaan Di Malaysia
Menurut Aaron, ada 6 tangga kekayaan rakyat Malaysia dan ianya berdasarkan jumlah aset nilai bersih atau kekayaan isi rumah:
- Struggle (<RM25K)
- Working Class (RM25K-RM250K)
- Middle Class (RM250K-RM2.5M)
- Affluent (RM2.5M-RM10M)
- Rich (RM10M-RM50M)
- Super Rich (>RM50M)
Tangga kekayaan ni kita boleh faham-faham sendiri. Lagi tinggi tangga korang naik, lagi korang tak kisah nak makan dekat restaurant mana atau negara mana korang nak melancong tahun ni.
Dan fakta yang mengejutkan tetapi tak pelik adalah lebih 70% daripada rakyat Malaysia tersekat di tangga pertama dan ke-2. Dengan lebih 50% atau hampir 6 juta rakyat mempunyai jumlah aset nilai bersih kurang daripada RM25,000.
Dan jumlah tersebut sebenarnya mewakili lebih 37% rakyat Malaysia hari ini.
Ramai Orang Sebenarnya Nak Kaya... Tapi Bukanlah Kaya Raya
Saya boleh katakan kebanyakkan daripada kita bukan nak jadi kaya raya. Bukan nak beli kapal mewah, atau memiliki rumah sampai berbelas-belas bilik macam drama tv tu. Apa yang ramai inginkan sebenarnya adalah hidup yang selesa.
Macam kata-kata Mr-Stingy dalam artikel tersebut, dekat "tangga ke-3" barulah hidup terasa hidup atau bermulanya standard of living. Dekat situlah korang tak perlu lagi risau nak makan apa, di tangga ini lah korang tak lagi risau pasal nak bayar bil dan lain-lain.
Besar kemungkinan kerisauan anda adalah tentang bila nak upgrade iphone terbaru atau destinasi percutian atau ulang tahun perkahwinan seterusnya?
Itu saja impian majoriti kita: Nak hidup yang tenang, stabil, dan tak perlu fikir tentang benda-benda kecil setiap hari. Cumanya ingin bebas membuat pilihan.
Tapi of course tak jadi salah pun kalau korang aim untuk berada di tangga lagi tinggi.
Sekarang kita dah tahu realiti kekayaan rakyat di Malaysia, dan apa yang dikongsikan oleh Mr-Stingy ini ibarat seperti peta. Dan sekarang ianya bergantung kepada kita sendiri macamana guna maklumat dalam peta tersebut untuk naik ke tangga kekayaan seterusnya.
Jadi saya nak kongsikan sekurang-kurangnya ada 3 cara untuk kita nak naik tangga kekayaan ini. Dan setiap pilihan yang kita pilih ada ada kesan dan hasil yang berbeza-beza.
3 Cara Berkesan untuk Naik Tangga Kekayaan
- REFORM
Cara pertama untuk kita naik tangga tersebut adalah melalui REFORM. Dan cara ni adalah cara yang paling selamat aka lambat. Tapi kita kena ingat cara selamat ni tak semestinya paling berkesan. Jadi cara reform ni memerlukan korang untuk menyuarakan pendapat dan apa yang korang mahukan kepada wakil rakyat atau kerajaan masing-masing.
Korang boleh paksa kerajaan untuk naikkan lagi gaji minima. Bina lebih banyak rumah mampu milik. Kawal atau turunkan harga barangan dapur dan lain-lain. Ini memerlukan cast your vote, protest, melobi dan hopefully kerajaan akan dengar.
Tapi kena ingat cara REFORM ni mustahil untuk berlaku dengan hanya sorang wakil rakyat. Kita perlukan at least significant amount wakil rakyat yang betul-betul nak bawak aspirasi korang. Dan proses ni is a long game dan ianya memakan masa yang lama kerana ianya akan mencabar status quo yang sedia ada.
- EXIT
Kalau rasa cara pertama adalah perlahan, korang boleh pilih cara kedua iaitu EXIT. Cara ni bermaksud korang pilih untuk keluar daripada sistem yang ada dan cari sistem yang lebih baik.
Kalau sebelum ni pendapatan anda adalah dalam Ringgit Malaysia (RM), sekarang anda boleh pilih untuk beroleh pendapatan dalam mata wang lain yang lebih tinggi. Macam kebanyakkan penduduk Johor sekarang pilih untuk bekerja di negara jiran, Singapore, dan bergaji dalam Singapore Dollar (SGD).
Selain itu, pilih untuk tinggalkan sistem mata wang fiat dan menggunakan kripto jugak adalah alternatif tujuan untuk meninggalkan status quo yang ada sekarang. Soal ianya betul-betul boleh diimplement dalam skala yang besar tu adalah topik yang berlainan.
Contoh akhir sekali adalah untuk homesteading. Tapi so far kalau kat Malaysia ianya belum praktikal, tak seperti negara barat. Di Malaysia masih tiada insentif untuk ke arah homesteading. Rakyat negara 4 musim pilih untuk homesteading kerana nak kurangkan kos seperti elektrik, makanan dan jugak petrol. Tapi dekat Malaysia? Tengok saja elektrik & petrol kat negara kita, jauh lebih murah berbanding dengan negara mereka.
- SELF-DEVELOPMENT
Akhir sekali adalah SELF-DEVELOPMENT. Ini adalah favorite saya. Ianya lebih mudah dan cepat kerana cara ni tak melibatkan orang lain untuk bawak atau paksa korang untuk naik ke tangga kekayaan yang lebih tinggi.
Cara ni memerlukan anda untuk mencari jalan macamana cara untuk menaikkan nilai tambah kepada diri anda sendiri dan seterusnya menyumbang samada kepada syarikat yang anda bekerja atau perusahaan yang korang nak bina.
Korang boleh pilih untuk belajar high-income skills yang ada banyak permintaan sekarang. Antaranya programming/coding, cybersecurity, UIUX, data analytics dan data science. Atau skill yang lebih interpersonal seperti public speaking, how to sell etc.
Cara SELF-DEVELOPMENT ni tak memerlukan korang untuk cast the vote setiap 5 tahun memilih wakil rakyat yang probably tiada jaminan pun mereka akan melaksankan aspirasi korang. Tapi dengan SELF-DEVELOPMENT ni lebih solid dan hasilnya korang boleh dapat dalam tempoh yang singkat. Samada korang ada increment salary ataupun korang dapat venture into career yang lebih lumayan.
.
Anda boleh pilih untuk REFORM sistem yang ada, atau EXIT atau keluar daripada sistem atau anda boleh cari peluang yang lebih cerah pasti melalui SELF-DEVELOPMENT. Mana-mana cara tersebut boleh jadi lambat atau cepat, bergantung kepada pilihan masing-masing. Tapi yang penting adalah untuk anda take your 1st step.
Jadi kalau korang sendiri, approach atau cara mana yang korang akan ambik? Cuba koment dekat bawah.
Member discussion