6 min read

6 Tahun Simpan Saham CCK: 4 Perkara Penting Saya Belajar Pasal Pelaburan

Tulisan ini, saya kongsi kenapa bisnes membosankan kadang-kadang beri pulangan lebih baik, dan bagaimana dividen serta kesabaran boleh gandakan nilai pelaburan.
6 Tahun Simpan Saham CCK: 4 Perkara Penting Saya Belajar Pasal Pelaburan

31 Januari 2019. Saya masih ingat lagi antara saham awal yang aku beli 7 tahun lepas adalah saham CCK. Niat saya beli waktu tu adalah untuk belajar pasal dunia pelaburan dan jual beli saham.

Dengan modal sekitar dalam RM500+ waktu tu saya fikir “orang makan ayam tiap-tiap hari, bisnes ni mesti steady.” Kalau nak banding dengan saham macam MyEG atau Astro waktu tu, CCK ni kira memang saham cap ayam la. Tak trending. Sendu.

Tapi ada sesuatu yang buat saya rasa nak cuba simpan saham ni.

Saya tengok orang Malaysia ni kalau satu hari tak makan ayam memang tak sah. Sama macam makan maggi. Seminggu kalau tak jumpa maggi memang tak senang duduk. Cumanya harga saham maggi atau Nestlé waktu tu memang untuk orang-orang atas je. 1 saham Nestlé sampai RM150! Giler. Angan-angan jela kalau nak beli.

Fast forward 6 tahun… saya masih lagi hold saham CCK ni. Jauh sekali untuk jadi jutawan ke apa, tapi 4 benda saya belajar ni jauh lebih berharga daripada pulangan yang saya dapat. Kalau saya pilih untuk jual saham CCK ni awal dulu, saya tak dapat belajar semua ini.

Cut The Noise

Market ni penuh dengan noise atau bunyi bising. Setiap hari ada je berita pasal; ekonomi nak jatuh lah, inflasi naik lah, ringgit menjunam lah dll. Dan yang terbaru adalah “recession is coming”, terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Mula-mula beli dulu saya pun rasa panik jugak. Modal rm500+ tu sajelah duit yang ada. Hampir setiap setengah jam bukak apps RHB Tradesmart tu. Bila tengok hijau rasa lega. Tapi bila nampak portfolio merah terus rasa nak jual. That’s what happened dengan saham-saham yang saya beli lebih awal seperti TM, Astro dan MyEG. Hampir semuanya saya jual dalam losses. Bayangkan waktu tu modal dah la tak banyak, rugi pulak tu.

Kalau ada untung pun saya rasa tak padan dengan pressure tengok turun naik harga setiap hari. Hinggalah saya perasan, bila saya buat keputusan dalam keadaan panik, biasanya saya akan menyesal kemudian hari.

Saham ni bukan soal siapa cepat kaya. Kalau kita terikutkan hype dan trend, kita akan penat. Boleh jadi hari ni kita beli sebab fomo, esok kita jual sebab takut. Sama macam orang beli emas sekarang.

Pegang saham CCK ni ajar saya satu benda: bila kau tahu bisnes yang kau beli tu okay, tak perlu peduli sangat pasal market sebab kebanyakkan adalah noise. Cut it. Fokus kepada long term gain — bukan turun naik harga setiap hari.

Beli Boring Bisnes

CCK ni tak pernah masuk berita. Tak viral. Tapi bisnes dia konsisten — jual ayam, ikan dan makanan sejuk beku. Barang-barang yang ada demand setiap hari. In fact, saya baru tahu CCK mempunyai fresh mart yang terbesar di timur Malaysia. Dan bukan tu je CCK fresh mart juga serve beberapa daerah di Indonesia seperti Pontianak.

Lama-lama barulah saya faham yang saham yang bagus ni tak semestinya buat kita excited setiap hari. In fact, saham yang bagus adalah saham yang boring.

Ini salah satu sebab kenapa ramai orang Malaysia lebih prefer simpan di ASB dan Tabung Haji. Mereka tak nak pening kepala untuk monitor setiap masa dan yang paling penting adalah mereka boleh tidur lena setiap malam. Tanpa risaukan kemungkinan duit mereka akan tiba-tiba hilang esoknya. Sampai masa tunggu dividen masuk saja. Tapi benda tu ada down side jugak, nanti saya reserve another blog post pasal down side ASB dan Tabung Haji ni.

Sama seperti CCK ni, saya tak perlu check harga saham setiap hari. Saya tahu selagi rakyat Malaysia ni masih makan ayam, bisnes ni boleh berjalan macam biasa. Jika dibandingkan dengan saham-saham tech yang saya beli awal tadi, saya perasan saya lagi tenang bila beli bisnes boring macam ini.

Dividen Adalah Snowball (Kalau Anda Reinvest)

Pada tahun pertama saya dapat dividen CCK tak adalah besar mana pun. Jumlah saham CCK saya pun dalam 1200 saja, jadi jumlah dividen dapat pun tak banyak. Saya pun waktu tu tak buat apa-apa sangat dengan duit tu. Elok saja masuk akaun saya terus belanjakan. Such an innocent Amer.

Dan itu salah satu benda saya kesal tak buat – saya tidak reinvest dividen tersebut. Kalaulah saya guna semula dividen tu untuk beli lagi banyak saham CCK, sudah tentu jumlah yang saya miliki sekarang jauh lebih banyak.

Simple calculation:
7 tahun lepas saya bermula dengan modal sekitar RM500. Hari ini, nilai pelaburan ini dah meningkat hampir RM1600-RM1800 tanpa saya tambah apa-apa modal atau reinvest dividen.

Anda cuba bayangkan kalau saya reinvest dividen tersebut setiap tahun?

Ini satu pengajaran penting buat saya:
Dividen bukan sekadar "bonus tahunan."

Jika bonus tahunan tersebut digunakan dengan betul, ia mampu menjadi snowball untuk membina portfolio yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Ni beberapa snapshot dividen tahunan yang saya dapat.

Dividen 2025
Dividen 2025
Dividen 2024
Dividen 2024

Jumlah dividen terkumpul yang saya dapat sekitar dalam RM350-RM400.

Kuasa Compounding Ambil Masa

Biasanya kalau beli saham tak trendy ni, ramai yang akan give up awal. "Kenapa pelaburan ni tak bergerak pun?" Saya rasa pembaca baca blog ni sudah faham pasal the power of compounding. Anda boleh kira berapa lama hasil pelaburan anda akan berganda dengan menggunakan hukum 72.

Walaupun ramai yang dah tahu pasal kuasa compounding dan hukum 72, tapi masih ramai yang akan give up. Sebab tak sabar. Kuasa compounding ni bukan macam roket – ianya perlahan, senyap dan akan mula nampak lepas beberapa tahun. Malahan Warren Buffet yang start melabur umur 11 tahun pun, sebahagian besar kekayaannya hanya terkumpul selepas dia berumur 50-an. Dan lebih 90% daripada kekayaan tersebut hanya datang selepas dia berumur 60 tahun. 50 years of slow and steady growth.

Dan dengan CCK, saya sendiri rasa benda ni. Ini hasil pulangan saya selepas 7 tahun . Compound ROI sebanyak 18.34% belum termasuk dividen.

ROI CCK lepas 6 tahun
ROI CCK lepas 6 tahun
Harga saham CCK sepanjang masa
Harga saham CCK sepanjang masa

Bayangkan kalau saya panik dan jual saham ini lebih awal... atau lebih specifik sewaktu pandemik Covid-19?

Pelaburan saya dengan CCK ini mengajar saya untuk bersabar. Seperti yang anda tengok hasil dividen tadi tidaklah luar biasa, tapi ianya konsisten – daripada dividen, kenaikkan harga saham dan paling penting adalah kefaham saya sendiri tentang dunia pelaburan ini makin baik. Walaupun saya tak dapat pulangan 100% setahun seperti guru-guru saham dekat luar sana. Tetapi ianya masih lebih tinggi berbanding pulangan di tempat selamat yang lain.

Paling penting adalah saya belajar: Pelaburan sebenar perlukan masa. In fact, apa-apa saja yang bagus perlukan masa untuk kita dapatkannya. Dan kadang-kadang, masa itu sendiri yang membina pulangan paling besar.

Seterusnya?

Sehingga ke hari ini saya masih simpan saham CCK ini.

Saham CCK hingga 5 May 2025
Saham CCK hingga 5 May 2025

Sekarang saya sedar yang tak semua saham sesuai untuk dijual beli dalam jangka masa pendek atau disebabkan spekulasi.

Sebahagian saham, kita simpan untuk belajar. Dan selepas 6 tahun, saya bersyukur kerana masih lagi menyimpan saham ini. Bukan sebab keuntungan atau ROI semata-mata, tetapi kerana pengajaran yang saya dapat sepanjang proses tersebut.

Jadi adakah saya akan terus simpan saham CCK ini? Atau lebih baik saya allocate ke tempat yang lebih kena dengan saya sekarang? Jujurnya saya pun belum ada jawapan. Nanti kalau ada updates saya akan kongsikan kepada anda di sini.

Kalau anda baru mula nak melabur, saya harap kisah ini dapat memberikan sedikit panduan dan perspektif. Kadang-kadang, saham yang kurang popular... boleh jadi jauh lebih bernilai.

Dan sekiranya anda tak pasti nak pilih saham sendiri, robo-advisor seperti Wahed Invest (guna code: MUHCHE72) boleh bantu anda mula secara automatik. Tak perlu pening nak pilih saham, anda cuma setkan matlamat, dan algorithm akan uruskan untuk anda.

Yang penting: mula dulu. Ilmu dan keyakinan datang kemudian.

Antara buku yang saya highly suggest untuk anda baca pasal pelaburan adalah buku The Psychology Of Money dan The Same as Ever. Apa yang Morgan Housel highlight dalam kedua buku ni adalah timeless lesson pasal pelaburan yang korang boleh apply. Tak kisah instrumen apa baik saham, unit trust, emas, rumah malah matawang kripto sekali pon.


p/s: Kalau anda suka artikel seperti ini, anda boleh subscribe newsletter saya — saya kongsi tentang pelaburan, duit, dan cara bina kekayaan dengan lebih bijak setiap hari Jumaat.