Berbaloi Ke Staking Crypto Dalam Luno?
Kalau korang bukan OG atau baru start nak berjinak-jinak dalam dunia kripto, satu-satunya cara korang dapat keuntungan atau profit adalah dengan jual beli.
Konsepnya seperti jual beli emas. Korang beli waktu harga tengah rendah dan jual waktu harga emas tengah tinggi macam sekarang.
Sebab tu Bitcoin pun orang sebut sebagai digital gold.
Personally saya kurang suka keuntungan daripada jual beli macam ni. Alasan yang sama kenapa saya kurang berminat dengan emas. Bagi saya keuntungan dengan cara ni adalah tidak produktif.
Berbeza dengan saham, modal yang dilaburkan boleh digunakan oleh syarikat untuk kembangkan bisnes mereka dan hasilnya samada dalam bentuk kenaikkan harga modal saham ataupun dividen kepada pelabur.
.
Tapi semua berubah bina Luno sebagai salah satu centralized exchange yang diluluskan oleh SC, telah memperkenalkan feature dipanggail "Staking" dalam apps mereka..
"Staking". Bunyinya macam sedikit teknikal tapi korang jangan risau. Even korang yang baru masuk dalam dunia kripto ni patut cuba dan explore feature ni. Jadi dalam blog post ni saya akan terangkan serba sikit pasal "staking".
Apa Sebenarnya Maksud Staking
Sistem blockchain yang terkenal seperti Ethereum (ETH) dan Solana (SOL) memerlukan orang untuk lock matawang atau coin mereka di dalam sistem. Konsep ni dipanggil sebagai Proof of Stake (PoS). Tujuanya bagi memastikan sistem blockchain ni selamat dan berjalan lancar.
Jadi sebagai ganjaran kepada orang yang pilih untuk lock coin mereka ni, sistem akan diberikan ganjaran atau rewards kepada mereka selepas beberapa tempoh masa. Inilah yang dimaksudnya dengan "staking".
Proses "staking" ni sebenarnya anda boleh pilih untuk buat sendiri.
Tapi percayalah ianya tidak mudah. Saya pernah cuba dan saya give up.
Sebab untuk staking coin sendiri, korang perlukan ilmu dan kemahiran teknikal berkaitan dengan blockchain tu sendiri dan jugak ilmu pasal kriptografi. Dan of course korang kena ada server korang sendiri yang akan perlu on 24/7.
Ambik Ethereum (ETH) sebagai contoh. Untuk staking ETH korang perlukan hingga 32 ETH (bernilai hampir RM600K), server yang bagus dan internet yang laju sepanjang masa. Yet, korang masih berdepan dengan risiko-risiko lain.

Tetapi dengan adanya platform seperti Luno, korang yang nak lock coin korang dah tak perlu pening kepala. Daripada korang kena ada sampai RM500-600K worth of Ethreum dan uruskan bahagian teknikal yang lain, korang hanya perlu stake saja berapa jumlah coin atau matawang yang korang nak. Dan dari masa ke semasa korang dapat free money masuk dalam dalam akaun Luno korang.
Lebih mudah bukan?
.
Saya ada ceritakan certa sikit pasal Bitcoin dan blockchain ni dalam video Youtube di bawah. Anda boleh spend masa untuk dengar.
Kenapa Staking Ni Menarik?
Kalau korang memang ada pasang niat untuk simpan coin macam Ethereum atau Solana ni lama, katakan lebih daripada 5-10 tahun, staking ni macam no-brainer kalau korang tak buat.
Staking = free coin = free money
Bayangkan staking ni macam simpan ASB. Cukup masa korang dapat dividen aka free coin, tanpa perlu jual coin korang tadi. Ganjaran untuk staking ni bergantung kepada coin-coin tersebut. Bawah ni saya screenshot coin-coin dalam Luno yang anda boleh stake.





Sign-up akaun Luno pertama korang dan dapat RM75 worth of Bitcoin secara percuma bina anda masukkan code : 83AGR. Masukkan code tersebut di bahagian Redeem Rewards sebelum beli coin pertama anda.
.
Bagi sesetengah orang mungkin nampak pulangan rewards ni macam sedikit. Tapi untuk orang yang tak nak ambik risiko yang tinggi, on top of buying & holding crypto are risky actually, staking ni jauh lebih mudah dan rendah risiko.
Cuba bayangkan ganjaran tadi compounded untuk tempoh 5-10 tahun, hasilnya akan jadi banyak jugak. Korang hanya tinggal set, stake & forget about it.
Dan setiap bulan korang akan dapat email report dari Luno berapa banyak rewards yang korang dapat untuk bulan tersebut. Atau korang boleh saja monitor daripada apps Luno ni bila-bila masa.

What's The Catch
Macam biasa, disebalik benda-benda yang best dan free ni mesti ada benda yang kurang best jugak:
- Luno caj komisen. Kalau staking ETH atau SOL sendiri korang potentially boleh dapat sampai 6-7%. Tapi staking dengan Luno, Luno kena bayar 1%+ kepada Luno sebagai caj perkhidmatan. Nothing comes free, someone has to pay it.
- Coin tu bukan dalam tangan korang. Disebabkan korang dah stake dengan Luno, jadi coin tadi dibawah jagaan Luno. Kalau (nauzubillah) mereka kena hack, kena saman dan sebagainya korang hanya mampu tengok saja.
- Kurang fleksibiliti. Seperti yang kita tahu, harga coin kripto ni sangat volatile. Kalau tiba-tiba harga ETH atau SOL tengah naik mencanak dan korang nak jual cepat, coin yang korang stake tadi perlu masa untuk unstake dan baru boleh dijual. Dari pengalaman saya ambik masa dalam 1-2 hari jugak.
Luno vs Alternatif
Korang sebenarnya ada at least 3 pilihan untuk staking:
- Staking dengan centralized exchanges seperti Luno — paling senang, tak payah pening kepala dan rendah risiko tetapi kurang kawalan.
- Staking dengan decentralized exchanges — lebih kurang sama, kadang reward sikit tinggi. Cara ni memerlukan anda mahir atau familiar dengan hot-wallet seperti Metamask dan Phantom apps.
- Staking sendiri (DIY) — reward paling tinggi, tapi paling leceh, perlukan modal besar & ilmu teknikal. Contohnya, staking ETH sebagai validator (memerlukan korang untuk ada 32 ETH dan mini server yang on 24/7) atau staking melalui hardware Ledger.
Kalau korang jenis tak nak sentuh coding atau server, Luno memang cukup. Tapi kalau korang memang nak betul-betul squeeze the juice, mungkin korang boleh explore cara DIY.
Jadi.. Berbaloi Ke Staking dengan Luno Ni?
Bagi saya:
- Baik korang baru nak cuba-cuba kripto atau korang memang nak HODL lama, staking dengan Luno ni berbaloi. Walaupun untungnya korang tak dapat maksimum, tapi jauh lebih baik daripada biar begitu saja dalam akaun Luno.
- Kalau korang memang jenis jaga soal “not your keys, not your coins”, mungkin staking
- Kalau korang memang jenis jaga soal “not your keys, not your coins”, mungkin lebih selamat korang staking dengan Ledger Live dengan hardware wallet.
Saya sendiri buat campur-campur: ada yang saya stake dengan Luno, ada yang saya stake dengan decentralized finance seperti Marinde Finance. Bakinya saya simpan sendiri dalam Ledger Nano S ni sebab saya nak lebih rasa selamat dan rasa ownership tu sendiri.
Kalau nak cuba, boleh set up staking dengan Luno di sini – tak sampai seminit pun. Dan kalau korang nak rasa lebih yakin untuk simpan dan stake sendiri, Ledger hardware wallet ni antara cara yang paling selamat.
Korang tak perlu pilih salah satu. Boleh je buat macam saya; ada yang saya simpan untuk senang nak urus, ada yang saya simpan untuk ownership dan kawalan penuh.
Member discussion