Saya Berhenti Organise Nota-Nota yang Ada
Saya jenis orang yang suka ambik nota dan journaling. Memang setiap pagi, saya akan benda ni yang saya akan buat dulu bila sampai ofis atau sebelum start kerja. Kalau tak settle, rasa macam ada something yang tak kena hari tu.
Tapi everything start to change dekat 6 tahun lepas.
Pertama Kali Dengar Pasal "Second Brain"
Pertama kali dengar istilah tu daripada video Ali Abdaal. Lepas tu, cara saya tengok journaling dan note-taking berubah – daripada hanya sekadar habit budak-budak 'nerd', jadi something yang lebih besar.

Second brain ni sebenarnya dipopularkan oleh Tiago Forte. Dia tulis panjang lebar pasal falsafah atau framework ni dalam dua buku iaitu Building a Second Brain dan PARA Method. Dua-dua buku tu saya highly recommend untuk orang baca.


Building a Second Brain & PARA Method (affiliate links)
Jadi sepanjang 6 tahun lepas, saya rasa dah bina 2 second brain saya sendiri. Yang pertama? Paling berserah. Nota ada merata-rata tempat – Notion, Apple Notes, Evernote, Google Docs, Roam. Jangan tanya folder mana semua ni.
I've tried almost every method, daripada tagging, linking, color coding dll, kononnya untuk ada perfect folder structure. Yeah, rasa seperti produktif. Rasa macam buat real work.
Tapi sebenarnya? Takde apa yang jadi.
Trap Organisasi
Mula-mula saya ingat, bila dah spend masa untuk bina perfect sistem ni, mestilah saya akan jadi lebih produktif. Nota pun teratur. Dan setiap kali saya nak cari sesuatu pasal ASB, REITs atau buat annual review – saya dah tahu dekat mana nak cari.
Apa lagi yang saya nak bukan?
Tapi realitinya lain cerita.
Setiap kali ada idea, saya simpan "elok-elok".
Setiap kali ada benda baru yang saya belajar, saya pastikan guna tagging atau color code yang betul.
Setiap kali ada tweet atau thread yang menarik – saya bookmark dan masukkan dalam folder yang sesuatu.
Perfect system.
Tapi sebab sistem tu terlalu cantik dan perfect, saya end up tak guna pon.
Nota masih lagi bersepah. Saya masih lagi jumpa nota-taking apps yang baru dan berbeza. Dan kalau sampai masa saya nak cari sesuatu – saya akan spend sekurang-kurangnya 10-15 minit untuk cari satu benda tu.
Tuning Point

Satu hari, saya tengok second brain saya dan perasan sesuatu:
Wait. Aku ada lebih 2800 nota dalam Roam. Ada beberapa lagi dalam Google Doc dan Apple Notes. Dan rasanya macam aku tak belajar apa-apa daripada semua tu.
Rasa macam dah simpan banyak benda. Dah tahu banyak benda. Tapi macam tiada apa-apa perubahan.
Organisasi tu jadi punca saya rasa produktif, padahal saya tak belajar apa-apa. Dan actually saya tak bina apa-apa baru daripada semua nota tu.
Apa yang Berubah
Akhirnya saya decide – stop organise.
Saya berhenti fikir pasal tagging yang betul. Saya stop fikir pasal nak buat clear path untuk setiap topik dan subtopik.
Ini yang saya buat sekarang:
- Capture cepat. Saya tak fikir pasal folder atau subfolder. Just capture. Jangan nak kategori-kategorikan sangat – just simpan saja dulu.
- Biar AI tolong. AI assistant (NatCraft) filter ideas bersama. Kalau idea tu betul-betul bagus – simpan. Kalau tak membantu untuk workflow atau kerja sekarang – move on.
- Output > organise. Setiap nota sepatutnya menjadi sesuatu — blogpost, email, keputusan yang penting atau conversation. Dari situ kita betul-betul belajar. Dan itu yang membezakan orang yang sekadar mengambil dan mengumpul nota dengan orang yang implement semua nota.
- Review setiap minggu. Setiap minggu, saya akan review apa yang saya capture. Tengok semula apa yang boleh pakai dan apa yang boleh 'archives'. Bukan nak reorganise atau susun semula. Tapi paling penting untuk decide – apa yang boleh dihasilkan daripada nota tu.
Tujuan Sebenar Second Brain
Second brain bukan sekadar warehouse – tempat nak longgok segala macam benda.
It's a launchpad.
Matlamat utama bukan untuk kumpul maklumat. Tambah zaman AI sekarang ni, barrier untuk dapatkan info semakin rendah. Kalau dulu, ada gatekeeper kena mintak isin untuk access certain info.
Tapi sekarang? Yang scarce bukannya info – yang scarce adalah output.
Berapa banyak idea, nota dan info yang kita dah tukar kepada sesuatu yang REAL. Baik soalan keputusan, tindakan, karya, ataupun sebuah perniagaan?
So sekarang saya tak fokus untuk kumpul nota lagi. Saya fokus untuk pastikan setiap nota-nota tadi menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar text atau md file dalam folder.
Awak ada berapa ribu nota yang tak pernah dibaca? Atau sekurang-kurangnya spend so much time untuk organise semua tu? Mungkin boleh stop. Start capture. Bagi AI tolong dan bina sesuatu daripada semua nota tu.
Member discussion