4 min read

Cara Saya Bina Portfolio RM10,000 Pertama

Cara Saya Bina Portfolio RM10,000 Pertama

Dulu saya selalu fikir,

“RM10,000 dalam portfolio?! Gila ke, mana aku nak cari duit banyak macam tu?”

Nak ada RM10K ni orang yang kerja O&G atau GLC je boleh. Macam TNB, TM dll. Diorang ni jenis gaji tak habis pakai tiap-tiap bulan. Pandai jual beli saham, tahu bila nak masuk, bila nak exit. Rupa-rupanya…

Hari ni bila saya semak balik portfolio pelaburan saya, jumlahnya dah pun cecah lebih kurang RM9,600. Rasa macam tak percaya. Padahal kalau ingat balik beberapa tahun lepas, simpanan saya di ASB tak pernah tak kering. Awal bulan masuk, sebelum akhir bulan je dah kosong.

Jadi dalam blog post kali ni saya nak berkongsi pasal macam mana saya bina portfolio pelaburan RM10K. Percayalah ianya lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Anda tak perlu kerja dalam O&G atau GLC baru boleh capai RM10,000. Dengan kerja anda sekarang pun, sebenarnya anda boleh capai jumlah tersebut. Hopefully tulisan ni boleh bagi anda idea dan semangat untuk anda bermula.

Saya Ingat Nak Melabur Ni Kena Power Dulu

Mula-mula dulu saya ingat kalau nak melabur ni mesti kena power dulu. Kena banyak duit dulu. Kena baca buku dulu. Kena pergi kelas yang beribu-ribu dulu. Kena follow sifu-sifu saham dan sebagainya.

Tetapi makin lama saya belajar, saya sedar satu perkara – melabur tak semestinya complicated. In fact, melabur sepatutnya boring.

Jadi apa saya buat? Daripada saya follow sifu-sifu saham kat luar sana, saya hanya pilih benda yang saya faham dan selesa untuk letak duit didalamnya. Contohnya saya:

  • simpan dalam ASB sebab konsisten return setiap tahun (4-6%).
  • utilize ASB-financing untuk force saving dan low interest rate.
  • auto-deduct dalam Wahed Invest untuk ada exposure dalam saham-saham di US.
  • beli bisnes yang menjual ayam sebab saya tengok orang Malaysia hari-hari makan ayam.
  • auto-invest Bitcoin setiap bulan.

Bukan saya tak pernah kejar saham-saham yang hot dulu. Siap pernah masuk group coaching sifu-sifu saham. Tetapi hasilnya? Tak kurang jugak ruginya. Itu belum cerita bab mental pressure bila tengok saham naik dan turun setiap masa. Jadi saya fikir eloklah saya hanya stick dengan benda yang mudah faham dan saya buat secara konsisten, probably untuk 20-40 tahun.

Pay Yourself First

Ramai orang tengok pelaburan ni macam tempat nak cepat kaya. Masuk hari ni, harapnya esok dah naik 50%. Itulah sebabnya skim-skim cepat kaya kat malaysia ni boleh hidup, sebab banyak demand. Bayangkan pak cik mak cik yang baru dapat duit KWSP RM300-500K boleh hangus macam tu saja sebab masuk skim cepat kaya kat luar sana. Daripada tengok pelaburan sebagai tempat nak cepat kaya, saya ubah mindset. Saya anggap pelaburan ni macam tabung jangka panjang. Saya tak akan sentuh atau guna sebelum umur 55 tahun.

Setiap bulan, saya wajib pay yourself first. Ini prinisp pertama dalam buku The Richest Man in Babylon. Tak kisah banyak atau sikit gaji bulan tu, asingkan siap-siap 5-10% untuk diri sendiri. Boleh jadi RM100, boleh jadi RM200. Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu nak tunggu dapat gaji banyak baru nak menyimpan untuk diri sendiri. Percayalah kalau gaji dah banyak nanti, ada saja benda yang kena beli. Tangan tiba-tiba gatal nak checkout barang-barang dalam cart list shopee tu. 

Mula-mula memang akan rasa sikit je RM100 ni tapi bila konsisten setiap bulan, tabung buluh pun boleh jadi berat. Saya cari platform yang boleh auto-deduct daripada akaun bank setiap bulan. Lepas tu automatekan. Salah satu platform yang saya suka pakai hingga sekarang adalah Wahed Invest (untuk US exposure) dan Luno (untuk beli Bitcoin). Kedua-duanya sangat user friendly. Dan nak setup akaun pun mudah. Setkan saja RM100-RM200 sebulan, biar je dia jalan sendiri. 

Framework Saya: Faham Dulu Baru Letak Duit

Enam tahun lepas saya pernah cuba “timing the market” – masuk waktu harga jatuh, keluar waktu harga saham naik. Tapi jujur, saya tak cukup rajin untuk monitor market setiap hari. Dan kebanyakkan masanya “timing the market” saya selalu salah.

Jadi apa yang saya buat, saya tukar strategi. Instead of timing the market, saya time in the market. Instead of beli saham yang trending, saya beli saham yang boring. Daripada saya sibuk nak tahu bila waktu terbaik nak beli, saya fokus pada satu benda saja. Saya faham baru saya beli. Dan ini adalah framework yang saya selalu pakai, baik dalam saham, matawang kripto dan lain-lain.

"If I can understand how it makes money in under 1 minute, I consider investing in it."

Saya spend masa tengok Youtube seperti Mr Money TV, baca blog macam Ringgit oh Ringgit, Dividend Magic dan tanya orang yang lebih tahu. Lagilah sekarang ni dah ada chatgpt, banyak benda yang kita boleh belajar. Jadi bila saya makin faham, saya makin yakin untuk terus melabur.

Summary Portfolio

Setakat saya tulis blog post ni, portfolio saya ada lebih kurang RM9,600. Walaupun belum cukup RM10K saya tetap rasa bangga. Inilah hasil daripada sikit-sikit, tetapi konsisten setiap bulan.

Ini lebih kurang anggaran pecahan portfolio pelaburan saya:

  • Matawang kripto: RM5200
  • Saham/Wahed: RM1800
  • ASB/F: RM2600
  • *Cash: RM1300 (tak termasuk dalam portfolio)

Semua ni saya kumpul dalam tempoh 2-3 tahun terakhir – bukannya overnight ye. Ada bulan saya labur sedikit, ada bulan saya labur lebih.

Kalau Anda Baru Nak Mula – Ini Nasihat Saya

Target tahun ni sebenarnya simple saja – nak capai RM10,000 dalam portfolio pelaburan sebelum hujung tahun. Tak kisah berapa cepat atau lambat yang penitng adalah konsisten invest setiap bulan dan terus belajar. In fact, blog ni sendiri adalah tempat saya belajar. Saya belajar sesuatu dan saya dokumenkan. Hopefully anda yang membaca blog ini pun dapat sesuatu.

Kalau anda rasa lost atau overwhelmed, jangan risau. Saya pun masih rasa benda yang sama kadang-kadang . Sebab tu penting untuk mencari komuniti yang sama-sama belajar. Ada satu nasihat saya:

Start je dulu. Tak perlu perfect. Tak perlu tunggu pandai. Just mula dengan apa yang anda faham dan mampu.

Lama-lama anda akan jumpa flow anda sendiri. Dan mungkin dalam 3-4 tahun akan datang, anda pun terkejut seperti saya – tengok balik,

"Eh... dah nak dekat RM10K?" 😄


Kalau anda suka artikel-artikel seperti ini dan rasa nak follow perjalanan saya untuk RM10K dan seterusnya, boleh join newsletter saya di bawah: