6 min read

Berapa Banyak Bitcoin Kena Ada? Asalkan Bukan Kosong.

Berapa Banyak Bitcoin Kena Ada? Asalkan Bukan Kosong.

Sebelum tu saya nak jelaskan: ini bukan satu lagi artikel atau blog post pasal "kalau tak beli Bitcoin anda jatuh miskin" yang selalu anda jumpa.

Saya kat sini bukan untuk ajak anda jadi maxi pasal Bitcoin... atau pujuk supaya letak semua simpanan anda dalam kripto. Itu bukanlah vibe dalam mana-mana tulisan saya dalam blog ini.

Tapi kalau anda jenis orang yang berminat nak belajar pasal pelaburan, nak bina kekayaan, atau sekurang-kurangnya tak nak duit anda dimakan inflasi – ada beberapa sebab yang kuat kenapa anda patut miliki Bitcoin walaupun sedikit. Dan walaupun anda masih lagi skeptik pasal Bitcoin.

Dan semua ini bermula dengan satu idea daripada Nassim Telab yang dipanggil sebagai barbell strategy atau strategi barbell.

together with Luno
CTA Image

Beli matawang kripto pertama dalam Luno, platform yang diluluskan & dipantau oleh Securities Commission (SC) Malaysia. Anda akan dapat RM75 worth of Bitcoin selepas anda beli mana-mana matawang kripto berjumlah RM250. Masukkan code 83AGR semasa sign-up & pembelian kripto pertama anda.

Learn more

Strategi Barbell & Apa Kaitan dengan Bitcoin?

Nassim Taleb adalah seorang ahli falsafah, trader dan jugak penulis buku Antifragile – buku yang memperkenalkan konsep strategi barbell dalam pelaburan. Ideanya ringkas:

Put 90% of your portfolio in ultra-safe, conservative assets… and 10% in highly speculative, high-risk, high-reward bets.

Jangan pilih tengah-tengah. Kalau tidak anda akan rugi.

Kebanyakkan pelabur memilih jalan tengah. Mereka letak semua simpanan dan pelaburan mereka di dalam pelaburan yang paling selamat atau di jalan tengah; moderately risky.

Tapi apa yang strategi barbell katakan adalah letak 90% daripada portfolio anda dalam aset yang selamat atau super konservatif. Dan lagi 10% dalam pelaburan yang sangat berisiko tinggi tetapi berpotensi untuk untung besar. Ini merupakan cara terbaik untuk mengambil risiko tanpa membahayakan tabung simpanan anda.

Jadi Bitcoin? Adalah asset yang berada dalam risky part yang disebut dalam strategi barbell tadi. Dan sebab itulah anda kena milikinya sedikit.

Cukup Ke Kalau Hanya 1%?

Anda cuba bayangkan kalau portfolio anda sekarang adalah RM10,000. Dan 1% daripada portfolio tersebut adalah RM100 nilai Bitcoin. Tiba-tiba daripada jumlah 1% atau RM100 tadi menjadi RM500-RM600.. malahan menjadi RM1,000 atau lebih.

Inilah yang disebut sebagai asymmetry bet. Walaupun dengan hanya 1%, potensi portfolio anda untuk berkembang menjadi limitless. Tapi dengan syarat 1% tersebut diletakkan ditempat yang mempunyai risiko yang sangat tinggi. Kalaulah RM100 tadi menjadi RM0 sekali pun, kita kena ingat bahawa ianya hanya 1% daripada keseluruhan portfolio tersebut.

Jadi kalau tanya saya, cukup ke dengan hanya 1% tu? Sebagai permulaan, ianya cukup.

Harga Bitcoin Sepanjang Masa
Harga Bitcoin Sepanjang Masa

Tapi Bukan Ke Bitcoin Dah Mati?

*Cuba tengok harga Bitcoin kat atas

Orang bercakap soal Bitcoin dah mati ni dah lama. Daripada mula-mula whitepaper Bitcoin ini keluar pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Setakat tahun 2025 ni, dah ada 4-5 kegawatan ekonomi yang berlaku, tetapi kita sendiri tengok apa yang berlaku. Bitcoin masih lagi survives. Bahkan setiap kali kegawatan ekonomi yang berlaku, harga Bitcoin terus melonjak ke paras yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Sebagai rekod ini beberapa kegawatan ekonomi yang kita boleh lihat sepanjang tahun 2009-2025

  • Tahun 2009 : Krisis subprima & kewangan global
  • Tahun 2010-2012 : Krisis hutang zon Eropah
  • Tahun 2015-2015 : Ekonomi China perlahan, kejatuhan harga minyak
  • Tahun 2020 : Pandemik Covid-19
  • Tahun 2022-2023 : Inflasi tinggi & kenaikkan kadar faedah.

Ini bukan Aiman tak kisah, ni Bitcoin tak kisah. Ianya bersifat seperti yang dinyatakan oleh Nassim Taleb sebagai antifragile. Semakin kuat Bitcoin ditekan, semakin kuat harganya melantun naik.

Memang akan ada orang cakap, tapi tu dulu. Sejarah tak boleh dijadikan kayu ukur untuk lagi 5-10 tahun akan datang. Mungkin waktu tu Bitcoin dah tak hype macam sekarang. Mungkin ya mungkin tidak. Tapi ingat asset pelaburan yang bagus tak semestinya hype. Orang lupa melihat emas. Ianya tak hype pun kecuali beberapa bulan ini. In fact, ianya sudah wujud lebih beribu-ribu tahun sudah.

Jadi kalau pun Bitcoin nanti tak menjadi seperti maxi Bitcoin kat luar sana harapkan, ianya hanya sebahagian kecik daripada portfolio anda. Seeloknya jangan letak semua simpanan anda dalam Bitcoin. It's no brainer. Tapi belilah sikit supaya anda tak ketinggalan.

Jadi Berapa Banyak Bitcoin Nak Kena Simpan?

Ini adalah soalan cepumas. Tapi macam mana-mana nasihat umum dalam personal finance, ianya depends. Bergantung kepada berapa banyak yang anda percaya sejauh mana Bitcoin ni boleh menjadi digital gold akan datang. Seeloknya pegang kepada strategi barbell tadi, jangan lebih 10% daripada portfolio anda. *looking back at my portfolio😅

Anda boleh jadikan ini sebagai panduan:

  • 0% adalah pertaruhan yang Bitcoin akan gagal
  • 1-5% adalah pertaruhan seperti strategi barbell yang Bitcoin mungkin berjaya
  • 10%+ adalah apabila anda memang percaya Bitcoin untuk jangka panjang.

Kalau anda masih baru atau masih skeptik dengan Bitcoin, mula dengan 1%. Anda boleh tambah kemudian nanti. Tujuan sekarang bukan untuk anda cuba time the market atau menjadi kaya raya dengan Bitcoin. Tetapi untuk bagi exposure kepada diri anda kepada asset yang berkemungkinan menjadi sebahagian masa depan – tanpa memusnahkan kewangan anda sekarang.

Memiliki Bitcoin adalah pilihan masing-masing. Tetapi terlepas dari potensi serta kelebihan Bitcoin mungkin adalah sesuatu yang anda ingin elakkan pada masa depan.

Dekat Mana Nak Beli Bitcoin?

"Okay Amer, aku percaya dengan kata-kata kau ni. So kat mana aku boleh beli Bitcoin ni?"

Kalau anda nak start beli Bitcoin boleh bermula dengan Luno. Luno salah satu platform kripto yang diluluskan oleh Security Commission (SC) di Malaysia. Atau satu lagi platform yang jugak diluluskan oleh SC adalah Hatta.

Luno Apps (kiri) & Hatta Web (kanan)
Luno Apps (kiri) & Hatta Web (kanan)

Yang menarik pasal Hatta sekarang adalah servis caj untuk anda beli Bitcoin hanyalah 1% saja. Berbanding dengan Luno adalah 2%. Cumanya Hatta setakat ini menggunakan website tidak seperti Luno yang mempunyai apps tersendiri. Jadi senang untuk anda monitor dan beli Bitcoin. Saya punya recommendation adalah untuk anda cuba kedua-duanya. Dan selepas itu anda boleh stick dengan yang anda rasa selesa, samada Hatta atau Luno.


🎯 Apa Yang Patut Anda Ingat

  • Tak perlu ada banyak Bitcoin. Yang penting — bukan kosong.
  • 1% dalam Bitcoin sudah cukup untuk beri pendedahan kepada aset berisiko tinggi tetapi berpotensi tinggi.
  • Strategi Barbell bantu anda urus risiko pelaburan: 90% aset selamat, 10% agresif (macam Bitcoin).
  • Bitcoin sudah bertahan sejak 2009. Ia bukan jaminan, tapi petunjuk kekuatan dan antifragility.
  • Jangan letak semua dalam satu bakul. Tapi ada sikit Bitcoin sebagai hedge terhadap inflasi dan sistem kewangan yang tak stabil — itu langkah bijak.