4 min read

Kalau Nak Buat Blog, Mula Dengan Ghost

11 tahun lepas saya mula berblog di Blogspot. Lepas cuba pelbagai platform, saya akhirnya jumpa Ghost — platform paling ringkas dan fokus untuk menulis. Kalau anda nak mula blog hari ini, Ghost mungkin pilihan terbaik untuk anda terus tulis dan tekan *publish*.

Blog pertama saya tulis lebih kurang 11 tahun lepas. Waktu tu platform blogging tak banyak macam sekarang. Satu-satunya platform yang ramai orang pakai lebih kurang 10-15 tahun lepas ialah blogspot.com.

In fact, kebanyakkan blogger atau influencer famous yang anda kenal hari ini bermula dengan menulis atau blogging di platform tersebut.

Fast forward lepas 11 tahun, blogging atau publishing platform pun dah makin banyak. Antaranya yang famous sekarang adalah Wordpress, Substack, Wix dan Notion.

Bila habis saja zaman universiti, saya cuba platform-platform lain. Saya penah cuba blogging di Wordpress. Siapa saja yang tak pernah guna Wordpress? Malah, saya pun pernah cuba menulis di Substack malah Webflow & Framer.

Tapi pengalaman saya cuba blogging atau menulis di platform-platform tadi, seperti ada sesuatu yang hilang. Dan akhir tahun lepas, saya jumpa Ghost. Selepas daripada tu saya tak bercadang untuk cuba mana-mana platfrom lagi dah.

Kalau anda pernah ada idea untuk menulis blog, anda sendiri tahu berapa kali idea tersebut hanya jadi angan-angan. Bukan sebab menulis tu susah (walaupun memang menulis tidak mudah) tetapi sebab anda tahu bertapa renyahnya untuk ada satu blog yang berfungsi.

Daripada permulaan idea anda inginkan tempat untuk anda menulis, hit 'publish' dan share tulisan tersebut kepada kawan atau keluarga, akhirnya anda rasa overwhelming. Sebab tiba-tiba terpaksa pening kepala nak pilih theme yang sesuai, setup plugin, fikir pasal newsletter, domain, hosting dan sebagainya.

Anda terperangkap dengan benda-benda teknikal sampailah akhirnya anda publish apa-apa.

Bagi saya Ghost adalah jalan keluar untuk semua perkara ni. Ghost bukan ultimate platform yang anda boleh buat macam-macam seperti Wordpress. Ghost jugak bukan platfrom yang jadikan design sebagai kelebihan utama.

Tetapi platform Ghost hanya fokus nak jadi 1 perkara – Ghost nak jadikan menulis dan publishing itu mudah. Seperti Blogspot penah jadi dulu, tapi Ghost jauh lebih bagus.

Kenapa Ghost?

Jujurnya saya baru guna Ghost dalam 7-8 bulan. Tapi daripada hari pertama saya guna Ghost, saya memang dah nekad untuk stay dan guna dengan platform ni. Sebabnya?

Sebab menulis tak pernah rasa susah apabila dengan Ghost. Momentum dan habit menulis saya compounded very fast. Blog dulu saya rasa kena focus benda-benda teknikal, sekarang blog adalah betul-betul tempat menulis dan hit 'publish' rasa sangat senang.

Ini 3 benda ada pada Ghost yang saya appreciate sangat:

  1. Editor yang sangat clean. Bandingkan 3 editor di bawah; Ghost, Wordpress & Webflow
Ghost's editor slate
Wordpress's editor slate
Webflow's editor slate
  1. Blog & newsletter integration. Feature Ghost yang tiada mana-mana platform lain tiada adalah build-in integration blog & newsletter. Anda boleh guna platform yang sama untuk publish blog post dan newsletter. Anda boleh skip Mailchimp, Mailerlite atau Kit.
Blog & newsletter integration
  1. Dashboard yang user-friendly. Anda hanya fokus kepada main business anda iaitu menulis & hit 'publish'.
Ghost's dashboard
Ghost's setting section

Ghost Sesuai untuk Siapa?

Kalau ni kali pertama anda nak menulis online atau blogging, anda tak akan salah dengan memilih Ghost sebagai platform blogging anda. Btw, Ghost tak bayar saya untuk blog post ini. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Bukan sebab Ghost adalah beginner-friendly sangat. Walaupun anda akan start familiar dengan platform ni dalam 1-2 hari, tapi sebab Ghost is your best companion when it's coming to writing & publishing.

Ghost tak paksa anda untuk buat 6-8 benda sebelum anda mula menulis dan publishing. Ia cuma tanya:

"Kau nak tulis apa hari ni?"

Ghost sangat sesuai untuk:

  • Penulis yang tak nak pening kepala pasal teknikal
  • Orang yang nak bina resume atau portfolio online
  • Sesiapa yang nak platform yang reliable
Contoh growth portfolio saya sendiri buat dalam Ghost
(continue)

Kalau Saya Start Blog Hari Ini

Saya akan buat macam ni:

  1. Buat akaun Ghost – boleh try dulu untuk 14 hari. Kalau anda perlu lebih masa untuk explore boleh mintak extention trial lagi 2 minggu. Email atau replay their email.
  2. Pilih tema yang simple. Tak perlu fancy sangat. Cadangan saya anda boleh start dengan theme seperti Digest, Wave, Dawn (sama macam theme blog saya sekarang) atau Journal.
  3. Tulis 1 blog post dan hit 'publish'. Cuba tulis dan pulish at least 3-5 kali. Daripada situ anda explore dan rasa sendiri pengalamana menulis atau blogging dengan Ghost.

Tak perlu nak ada content calender dulu. Tak perlu nak ada big plan dulu. Anda cuma perlu... tulis & hit 'publish'.