5 min read

Update Blog Suku Kedua 2025: Saya Kembali Menulis Dari 0

Update Blog Suku Kedua 2025: Saya Kembali Menulis Dari 0

Awal tahun ni atau lebih tepat 21hb Mac 2025, saya tekad untuk kembali menulis. Ianya lepas lebih 1 tahun saya tak buat atau publish apa-apa konten, baik dalam bentuk tulisan atau Youtube video.

Saya pilih untuk kembali bukan sebab saya dah ada grand plan untuk blog ni. Atau sebab ada tweet saya yang tiba-tiba viral di X. Bukan. Tapi sebab saya rasakan the act of writing ni banyak membantu saya.

Pada bulan Mac itu saya announce dalam 1st newsletter selepas hiatus yang bertajuk 'I'm writing again'. Niatnya adalah untuk saya konsisten menulis dan publish 1 konten setiap minggu.

Jadi sekarang dah habis suku kedua 2025 dan saya nak share serba sikit progress setakat ni. Anda yang follow saya daripada awal mungkin tertanya-tanya apa yang menjadi, apa yang kurang menjadi dan apa yang saya akan buat seterusnya.

Antara bulan Mac hingga Jun, saya publish:

  • 16 blog posts
  • 14 newsletter

Jumlah konten yang berjaya dipublish adalah 30 tulisan. Rasa macam tak percaya! Daripada hiatus tanpa apa-apa konten kepada purata 8-10 kontent sebulan.

Walaupun ada masa-masa yang saya rasa liat untuk menulis, saya akan pastikan ada 1 blog post & 1 newsletter yang saya publish setiap minggu.

Jadi blog post mana yang paling popular? Kalau ikut analytics ada 2 iaitu:

Cara Saya Bina Portfolio RM10,000 Pertama
Cara Saya Bina Portfolio RM10,000 Pertama
Strategi Pelaburan Saya untuk Separuh Kedua Tahun 2025: Julai–Disember

2 blog post ni memang lain sikit. Bukan sebab trafik saja, tapi jugak sebab feedback yang saya dapat. In fact, Suraya pun cakap dia suka tulisan ni sebab nampak my struggles & perseverance untuk capai target RM10K pertama saya.

Selain tu ada beberapa post yang saya enjoy tulis:

3 blog post ni tidaklah meletop dari segi trafik. Tetapi setiap satu blog post tu bantu saya mencari tulisan dan suara saya yang lebih jelas dan jujur. Secara tak langsung membantu mencari hala tuju blog ini.

Saya tak expect blog ni mampu menjana pendapatan at least for this year. Sebab itu bukan niat saya. Saya bina blog ni sebagai platform untuk boost tradisional karier dan mungkin jumpstart bisnes saya sendiri di masa akan datang.

Selain daripada saya nak bina semula habit menulis dan publishing, saya jugak nak bina sesuatu yang deserve to make money. Saya suka konsep yang diperkenalkan oleh Naval Ravikant tentang duit atau money:

If I do my job right, if I create value for society, society says, “Oh, thank you. We owe you something in the future for the work that you did in the past. Here’s a little IOU. Let’s call that money.” – Naval Ravikant

Saya nak fokus kepada hasilkan sesuatu yang hopefully bermanfaat, dan Insyallah duit tu akan datang kemudian hari nanti. Duit tu adalah by-product kepada apa yang kita hasilkan.

Walaupun dari segi monetization blog ni so far hanya RM40, ada sesuatu yang lebih bernilai:

  • Email list newsletter sekarang bertambah kepada 337 subs
  • Jumlah Twitter followers naik 2,388 daripada 2,258
  • Trafik blog sekarang mencecah 2,000 pengunjung daripada Mac hingga Julai 2025
  • Saya lancarkan lead magnet "Bijak Sebelum Kaya".

Dan sekarang saya tengah bina satu service kepada financial influencer atau creator bagi mencari inbound lead & membina authority dengan blog. Saya akan kongsikan kemudian.

Ini bahagian saya saya rasa paling memberi kesan kepada saya.

Sejak saya kembali menulis, sel-sel otak saya seolah-olah kembali berhubung. Bukan maksud sebelum ni ianya tak berhubung, kalau ya rasanya saya dah tak ada kat dunia ni.

Sekarang saya lebih banyak bercakap. Lebih banyak bercerita dan berekpresi. Kalau saya ada sesuatu idea, saya lebih senang untuk bercerita tentang idea tersebut.

Dan perubahan ni bukan syon sendiri. In fact, isteri saya pun perasan perkara yang sama.

"Lately you been more expressive & talkative".

Seperti saya lebih memahami & cuba menterjemahkan apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa.

Saya pernah cakap sebelum ni, menulis ni bukan soal kena pandai menyusun ayat atau perkataan. Ianya lebih daripada itu. Ianya cuba memahami diri kita sendiri.

Apa Target Seterusnya (Julai-September)

Saya tak plan untuk push more atau tulis lagi banyak blog post. Tapi saya hanya plan untuk kekalkan momentum yang ada dan terus konsisten.

Ini antara benda yang saya nak fokus untuk Q2 2025:

  • Tulis lebih banyak pasal REITs dan topik tentang rumah
  • Improve lead magnet & email funnel
  • Lancarkan servis pertama saya berkaitan 'inbound blog accelerator'
  • Konsisten promoting my blog di X & Threads
  • Track lebih banyak data dengan Umami, GSC dan email metrics

Dan yang paling penting adalah keep showing up & keep writing.


p/s: Kalau anda berminat nak ikuti perjalanan ni dengan lebih dekat, saya hantar 1 newsletter setiap minggu berkenaan dengan penulisan, pelaburan dan membina bisnes solo dari bawah. Boleh masukkan email anda di bawah