Kalau Warren Buffet Melabur di Malaysia

Sebelum ini saya kongsikan perjalanan mencapai RM10,000 pertama dalam portfolio pelaburan saya. Itu adalah milestone pertama saya selepas hampir 7-8 tahun bekerja dan semasa saya berumur 32 tahun.
Agak lambat? Mungkin ya bagi sesetengah orang. Tetapi saya berpegang satu prinsip iaitu: kehidupan ni adalah perlumbaan. Bukan perlumbaan dengan orang lain, tetapi perlumbaan dengan diri sendiri.
Orang cakap RM100,000 pertama adalah yang paling susah. Tetapi personally saya rasa RM10,000 pertama tersebut bukanlah perjalanan yang mudah. Jadi milestone seterusnya bagi saya adalah mencapai RM50,000 pertama. Yang saya sendiri tahu ianya tidak juga mudah.
Jadi sebab saya memang aim untuk main long-term game, saya terfikir, why not saya belajar daripada individu yang sudah promenant atau paling power dalam dunia pelaburan jangka masa panjang.
Siapa lagi kalau bukan Warren Buffet atau dikenali sebagai "Oracle of Omaha".
Dapatkan saham NVDA/TSLA & RM100 secara PERCUMA apabila anda sign-up akaun Moomoo & masukkan deposit pertama anda. Guna code: K32FUUTM semasa sign-up.
Apa Jadi Kalau Warren Buffet ada RM10K di Malaysia?
Waren Buffet seorang pelabur yang famous dengan "value investing". Tapi prinsip atau falsafah ini tidak muncul secara tiba-tiba.
Prinsip tersebut diturunkan oleh mentornya bernama Benjamin Graham, pelabur dan jugak penulis sebuah buku berjudul The Intelligent Investor. Buku ini memang tidak asing lagi kepada pelabur-pelabur dari dulu hingga sekadang. Dan for the record buku tersebut diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1949, hampir 8 dekad lepas!
Buffet sebenarnya pernah bekerja dengan Graham secara percuma. Alasanya? Dia ingin belajar terus daripada sumber buku tersebut. Cuba teka apa yang Graham respond, "Kalau nilai untuk mengambil kau bekerja adalah percuma, jadi gaji kau terlalu mahal untuk aku bayar."
Falsafah pelaburan Buffet tak hanya berhenti di sini. Dia jugak banyak dipengaruhi oleh sidekick kawan baiknya sendiri iaitu Charlie Munger. Munger mengajar tentang moat, circle of competence dan betapa pentingnya untuk membeli bisnes atau saham yang bukan sahaja murah, tetapi mempunyai bisnes yang bagus.
Jadi sekiranya Warren Buffet hidup di Malaysia hari ini, dengan modal sebanyak RM10,000... apa yang dia akan buat?
Margin of Safety – Dari Graham, Disempurnakan oleh Buffet
Satu prinisip yang paling core bagi Buffet:
Price is what you pay. Value is what you get."
Secara mudahnya adalah beli saham yang lebih murah daripada nilainya yang sebenar. Bayangkan anda beli Proton X50 facelit yang baru, tetapi anda dapat kereta tersebut dengan harga sebijik Produa Axia.
Dalam dunia pelaburan saham ni kita sebenarnya boleh kira nilai sebenar sesuatu saham syarikat berdasarkan macam-macam cara. Tapi bagi saya yang paling mudah adalah dengan tengok:
- Adakah harga sekarang jauh lebih murah daripada potensi growth?
Contohnya, kalau syarikat A boleh earn RM1 setiap 1 share (Earnings-Per-Share) dan grow 10% setiap tahun, tapi harga sahamnya seperti tak mencerminkan potensi tersebut – itu adalah peluang.
Jadi apa yang berlaku? Orang-orang seperti Buffet akan pilih untuk masuk dan beli syarikat tersebut secara bundle atau banyak. Kerana dikatakan saham tersebut adalah undervalued. At least itu apa yang berlaku semasa krisis kewangan 2008.
Pada tahun tersebut Warren Buffet telah membeli 2 syarikat gergasi iaitu Goldman Sachs & Bank of America dengan modal sebanyak $10 billion. Dan hasilnya? Dalam tempoh 9-10 tahun selepas itu dia berjaya menggandakan $10 billion tadi menjadi $28 billion!
Moat – The Buffet-Munger Upgrade
Benjamin Graham tak fokus pada kualiti sesebuah bisnes atau syarikat. Dia lebih straight forward. Dia akan cari bisnes yang sahamnya murah berdasarkan nombor dan kira-kira. Mungkin pasaran saham pada 40-70an lebih simple.
Tetapi bagi Buffet, hasil pengaruh daripada Munger, dia sedar dan percaya bahaya:
"A great business at a fair price is better than a fair business at a great price."
Dalam erti kata lain adalah cari business yang sukar untuk ditiru oleh orang lain.
Kalau di Malaysia, moat boleh datang dari beberapa perkara:
- Jenama yang kuat – seperti Nestle, Dutch Lady
- Kos operasi yang rendah – sektor perbankan seperti Maybank atau Public Bank
- Kontrak jangka panjang – contohnya REITs seperti Axis & IGB Reit
- Dominasi pasaran atau ekosistem yang tertutup – seperti TNB & Petronas
Public Bank Berhad antara syarikat yang mempunyai Cost-to-Income ratio yang rendah, iaitu sekitar ~31-31%.

Siapa saja yang tak beli produk daripada brand Nestlé setiap kali dapat gaji? Itu adalah bukti saham seperti Nestlé Malaysia mempunyai moat yang bagus.

Berikut antara kemungkinan saham atau syarikat yang akan ditarget oleh Warren Buffet. Saham-saham tersebut adalah contoh bisnes yang ada moat yang kukuh dan menjadikannya tidak senang diganggu oleh pesaing (competitive advantage).
Consistent Dividend & Cashflow
Graham suka syarikat yang lama established dan stabil. Probably bukan saham atau sektor baru seperti teknologi dan jugak AI kecuali syarikat seperti Apple. Sekiranya syarikat tersebut mempunyai track record seperti berikut:
- 20 tahun bagi dividen? Perfect
- Tak terlalu volatile? Cantik
- Ada cash reserve banyak banyak? Lagi bagus.
Begitu jugak seperti Buffett. Dia sukakan syarikat yang mempunyai cashflow yang steady.
Dia bukanlah begitu fanatik dengan dividen, tetapi dia berminat dengan syarikat yang boleh mengembangkan cash reserve dengan bijak. Bukan hanya untuk keuntung pelabur dalam bentuk dividen, tetapi Buffet melihat bagaimana syarikat tersebut mengatur untuk syarikat mereka berkembang untuk tempoh 5-15 tahun even 30 tahun akan datang.
Jadi antara ciri yang saya rasa Buffett akan tengok sekiranya melabur di Malaysia adalah:
- Yield 3% ke atas
- Track record 5 tahun konsisten bagi dividen
- Payout ratio di bawah 80%
Antara sektor atau saham yang saya lihat memenuhi kriteria ini adalah F&B dan jugak REITs. Jadi adalah kalau syarikat atau saham tadi tidak memenuhi ciri-ciri ini dikira out daripada radar Buffett? Tidak semestinya. Kena lihat dengan lebih menyeluruh.
Sebab ada sesetengah syarikat atau saham, terutamanya dalam pasaran Malaysia yang banyak dipengaruhi oleh aliran dana asing luar negara, menjadi kebiasa kadang-kadang dividen payout melebihi 90-100%. Terutamanya saham yang menjadi cash-cow kepada pendapatan negara Malaysia.
Antaranya Petronas Dagangan Berhad (PETDAG), Malaysia Airport Holdings (MAHB) & Scicom MSC (SCICOM).
Market Inefficiency: Peluang Bila Orang Lain Tak Nampak
Buffett bukan kaya disebabkan oleh dia mempunyai modal yang besar untuk melabur, tetapi dia kaya disebabkan oleh dia bersabar waktu semua orang lain tengah tamak dan dia tamak sewaktu semua orang lain dengan panik.
“We simply attempt to be fearful when others are greedy and to be greedy only when others are fearful.”
Buffet sentiasa melihat pelaburan dari sudut jangka panjang. Selain daripada kelebihan seperti compounded interest tetapi jugak kerana dia melihat pasaran saham adalah alat untuk mengagihkan kekayaan daripada orang yang terburu-buru tidak sabar kepada orang yang bersabar.
Sebab itu dia melihat industri-industri yang "tak seksi" seperti perbankan, insurance dan railroads.
Benjamin Graham menyebut ini sebagai "Mr. Market" – satu watak rekaan yang mewakili pasaran saham yang kadang-kadang terlalu emosional.
“The investor’s chief problem—and even his worst enemy—is likely to be himself.”
(Benjamin Graham, The Intelligent Investor)
Berapa ramai orang yang rugi dalam pasaran saham dipengaruhi oleh emosi sewaktu melabur. Apapbila dia melihat pasaran menjadi merah, instead of dia bersabar atau pilih untuk DCA, dia tewas dengan menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dia sendiri beli.
Sementara bagi Buffet? Di saat pasaran saham tengah hijau dia pilih berhenti dan analisa kembali saham tersebut. Samada untuk take profit, atau tunggu dan beralih menjadi saham yang undervalued pada ketika itu.
Kalau saya apply benda ni di Malaysia, Buffet tak akan beli saham atau syarikat yang semata-mata tengah trending di Tiktok. Tetapi dia akan mencari yang mempunyai asas bisnes yang mantap.
Only Buy What You Understand
Ni antara prinsip terakhir Buffett yang paling banyak menyelamatkan pelabur.
“Never invest in a business you cannot understand.”
Graham dah lama pesan: jangan beli hanya kerana orang lain beli. Buffett ulang semula perkara yang sama: faham bisnes tu dulu.
Sebab tu saya:
- Tak sentuh saham melibatkan biotech
- Tak sentuh oil & gas
- Jauhkan diri dari penny stock pelik-pelik
Kalau saya sendiri pun pening nak baca annual report saham atau syarikat tersebut, sekurang-kurangnya saya tahu macam mana syarikat tersebut buat duit atau menjana keuntungan. Kalau tidak, saya akan pilih untuk tinggalkan saham atau syarikat tersebut.
Kesimpulan: Kalau Buffett Mula Dengan RM10K Di Malaysia…
Dia mungkin tak beli saham yang trending. Tapi dia akan:
- Cari saham yang bawah nilai sebenar (margin of safety)
- Pilih bisnes dengan competitive advantage (moat)
- Pastikan syarikat ada rekod dividen / cashflow yang kukuh
- Sabar dan tunggu bila pasaran panik
- Hanya beli apa yang dia betul-betul faham
Saya ambil semua ni sebagai asas untuk bangunkan portfolio RM50K saya.
Tak seksi? Slow? Mungkin.
Tapi kalau Buffett boleh sabar tunggu 30-50 tahun untuk menjadi antara individu paling kaya di dunia dengan pelaburan saham, saya rasa tak salah kalau saya bagi diri saya sendiri 4–6 tahun untuk mencapai RM50K pertama. Dan seterusnya RM100K atau RM1 juta.
Lepas Ni Saya Akan Kongsikan…
Dalam post seterusnya, saya akan tunjuk saham-saham yang saya pilih berdasarkan prinsip Buffett ni. Siapa tahu, mungkin kita boleh grow sama-sama?
Kalau anda ada modal kecil, tapi nak labur gaya Buffett — stay tuned.
Member discussion