Cara Saya Labur Dalam REITs Malaysia: Boring Plan Tapi Power untuk Jana Passive Income

Terus terang cakap... saya bukan property guru macam Iherng. Atau Zeit yang pakar dalam main saham. Tetapi yang pasti saya orang yang suka tambah pendapatan atau cari duit extra.
Saya suka lagi-lagi kalau ada sistem yang boring, simple tetapi mampu menjana pendapatan sementara saya bekerja 8-5 seperti biasa. Seperti mana yang saya harapkan blog ini mampu menjana pendapatan sendiri lagi 3-4 tahun akan datang. Okay back to the topic, saya sangat suka kalau ada sistem yang boleh menjana pendapatan walaupun saya tengah tidur waktu malam.
And guess what? Ianya wujud. Sebab itulah saya sukakan REITs.
Tapi dalam post kali ni, saya bukan nak yakinkan anda pasal REITs. Saya dah kongsi personal experience tersebut dalam post "Kenapa Saya Tak Akan Beli Rumah Sewa?". Kali ni saya nak berkongsi bagaimana saya menggunakan REITs bagi membina passive income secara automatik.
Sekiranya anda mencari akaun simpanan islamik dengan pulangan tinggi, simpan bersama Versa Cash-i. Dapatkan reward RM10 apabila anda berjaya deposit RM100 dalam mana-mana dana Versa. Guna code: JH54WL2Y semasa sign-up.
My Boring Plan Tetapi Menjadi
Ini adalah strategi saya melabur dalam REITs setiap bulan:
- Saya labur RM300-RM500 setiap bulan dalam REITs
Setiap bulan, antara 5-7 hb saya akan beli 2-3 REITs yang saya faham serta mempunyai track record yang bagus. Yang tak pernah gagal bagi dividen setiap 3-4 bulan.
Daripada saya cuba untuk "Buy The Dip", saya just tekan Buy. Ibarat macam saya bayar bil telefon atau internet setiap bulan, macam tulah saya beli saham REITs setiap bulan. - Saya labur guna trading apps seperti Moomoo
Seriously, anda boleh start dengan mana-mana broker saham atau apps yang anda selesa. Kalau boleh cari yang regulated atau approved by SC (Security Commissions).
Sebelum ni saya melabur dengan apps M+ Global. Tapi lepas tengok promotion dan fees daripada Moomoo jauh lagi menarik dan rendah, saya decide untuk pindahkan semua saham saya ke dalam Moomoo. Siap dapat saham percuma lagi.
Pastikan apps yang anda guna tu boleh:
- beli saham Malaysia dengan mudah
- ada scanner saham-saham yang patuh syariah
- tengok aliran dividen yang masuk
- review report bulanan dan track portfolio
Setakat pengalaman saya melabur hampir 6 tahun, saya boleh katakan apps sekarang sangat user-friendly dengan UI/X yang jauh lebih bagus berbanding dengan waktu saya mula-mula melabur dulu. - Saya reinvest setiap dividen
Blog post sebelum ni saya ceritakan apa yang menarik tentang REITs, iaitu ia bayar dividen setiap 3-4 bulan. Jadi setiap suku tahun saya akan dapat mini-bonus sebagai majikan aka pemegang saham REITs tersebut.
Jumlah mini-bonus ni berubah-ubah. Kadang-kadang RM40. Tetapi ada jugak sampai RM70-80.
Walapun dividen tadi adalah percuma, saya pilih untuk TIDAK belanjakan duit tersebut. Saya pilih untuk reinvest. Kadang-kadang saya reinvest dividen tu secara manual. Maksudnya bila dividen tadi masuk ke dalam akaun bank, saya akan deposit semula ke dalam akaun Moomoo dan beli semula saham REITs tersebut. Tetapi ada REITs yang sudah mempunyai DRP (Dividen Reinvestment Plan) yang akan laburkan semula dividen tersebut secara automatik. So, jimat masa dan jimat duit. - Saya track progress setiap 3 bulan
Setiap 3 bulan, saya akan update spreadsheet atau tengok apps Moomoo untuk saya track:
- perkembangan dividen
- REITs apa yang saya pegang
- sama ada dah capai modal matlamat RM36,000
Itu saja. Saya tak check portfolio saya setiap hari.

REITs Favorite Saya (Setakat Ini)
Kalau anda curious nak tahu REITs apa yang saya beli dan simpan, ni dia:
- Axis REIT: Gudang & hartanah industri yang mempunyai permintaan sewa yang tinggi.
*Pro tips: Axis REIT ialah satu-satunya REIT yang ada DPR dividen secara automatik. - Al-Aqar REIT: Bangunan-bangunan hospital KPJ – KPJ antara hospital swasta yang terkemuka di Malaysia. Setakat yang saya tahun sekarang ada hampir 30 buah bangunan KPJ di seluruh Malaysia.
Paling penting adalah kedua-dua REITs ni adalah patuh syariah. Dan mempunyai rekod pembahagian dividen yang bagus dan konsisten.


Rule of thumb sebelum saya nak labur atau beli apa-apa saham adalah saya sendiri faham macam mana syarikat tersebut jana duit. Agak-agak kalau anak saya yang berumur 4 & 6 tahun tu tanya kenapa saya beli bisnes tersebut, saya boleh terangkan secara ringkas dan senang faham kepada mereka berdua. So far diorang belum lagi tanya lagi😆.
Benda yang menarik seterusya adalah anda boleh engineered mini-bonus anda hampir setiap bulan dengan REITs ni. Bayangkan setiap bulan anda dapat extra income seperti rumah sewa tetapi anda tak perlu memiliki atau menjaga rumah-rumah tersebut.
Power of Compounding Dividend
Katakan matlamat anda adalah untuk menjana passive income setiap 3 bulan.
Pada kadar dividen 5.5% (purata kadar dividen REITs di Malaysia) anda perlukan:
- RM21,818 untuk dapat RM1,200 setiap tahun atau RM300 setiap 3 bulan
- RM36,364 untuk dapat RM2,000 setiap tahun atau RM500 setiap 3 bulan
Dengar macam banyak bukan? Tapi jumlah tu sebenarnya jauh lebih rendah daripada modal yang anda kena keluarkan untuk memiliki rumah sewa. Sekiranya anda labur RM500 sebulan, anda akan capai:
- RM22,000 tadi dalam tempoh 4 tahun.
- RM36,000 dalam tempoh lebih kurang 6 tahun.
Dan part yang paling best? Anda boleh rasa dividen tersebut jauh lebih awal. Sewaktu salah satu dividen REITs tersebut diumumkan. Contoh jadual tadi, dividen Axis REIT yang terusnya adalah pada bulan August 2025. Tak sampai 3 bulan lagi!
Anda tak perlu tunggu sehingga anda capai modal matlamat tadi – portfolio anda akan start bayar dividen, walaupun kecik.. tak lama lepas anda beli saham pertama REITs anda hari ini dan jumlahnya akan membesar bersama anda.
Saya tak nak kejar penyewa atau baiki sinki atau tombol pecah setiap 3 bulan. Saya hanya nak dividen setiap 3 bulan. Dan setiap 3 bulan saya akan dapat notification atau email macam ni:
"You’re received RM46.32 in dividend"
Email ni saja sudah cukup buat saya dengan isteri happy. Kami anggap ni sebagai reminder yang kami sedang bina sesuatu yang bakal membuahkan hasil yang manis lagi 10-20 tahun akan datang.
❓ FAQ Pasal REITs di Malaysia
- Apa itu REITs?
REIT atau Real Estate Investment Trust adalah saham syarikat yang memiliki hartanah komersial dan membayar dividen kepada pelabur. - Berapa modal minimum untuk mula labur dalam REITs?
Anda boleh mula serendah RM100–RM300, bergantung kepada harga unit REITs tersebut. - Adakah REITs ini patuh syariah?
Ya. Contoh REIT patuh syariah di Malaysia ialah Axis REIT dan Al-Aqar REIT. - Berapa dividen REITs setiap tahun?
Rata-rata sekitar 4% hingga 6% setahun, dibayar setiap suku tahun.
Nak Mula Sekarang?
Kalau anda belum pernah ada mana-mana trading apps, boleh install Moomoo – sangat beginner-friendly, caj yang rendah dan paling penting ada features yang menarik seperti syariah compliant scanner.
➜ Klik sini untuk melabur dengan Moomoo
(Ya, ni affiliate link. Tapi saya sendiri recommand sebab saya sendiri guna)
⚡ Nak Belajar Step-by-Step Labur Dalam REITs?
Sertai 5-hari email percuma saya: "Bijak Sebelum Kaya: 5 Hari, 5 Tips Pelabur Bijak" – belajar asas pelaburan tanpa modal yang besar. Klik link di sini.
Member discussion