Course Bijak Sebelum Kaya

Course Bijak Sebelum Kaya

Ini adalah versi pertama (v1) crash course Bijak Sebelum Kaya. Any feedback atau suggestion are welcomed! Anda boleh comment sebarang idea atau cadangan dalam section comment. Atau paling senang anda dm saja saya di X.

Selamat Datang ke course Bijak Sebelum Kaya: 5 Hari, 5 Tips Menjadi Pelabur Bijak

Hey 👋,

Selamat datang ke crash course Bijak Sebelum Kaya: 5 Hari, 5 Tips Menjadi Pelabur Bijak!

Saya Amer penulis blog kewangan santai dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Jujurnya saya sangat gembira anda ada di sini. Tak kisahlah sama ada anda baru nak mula melabur atau anda pernah melabur tetapi tidak konsisten atau masih tak nampak hasilnya–anda berada di tempat yang betul.

Kerana dalam masa 5 hari ni, anda akan belajar cara sebenar untuk melabur (serta mindset dan approach yang saya sendiri apply) walaupun dengan modal yang sedikit. Walaupun sekarang anda hanya ada RM100 saja untuk bermula.

Course ni tak ada jargon atau big word yang memeningkan kepala. Saya janji... kalau ada please let me know. Email ini jugak bukan tempat anda mencari skim cepat kaya. Jauh sama sekali! Ianya perkongsian santai daripada pengalaman saya selama hampir 5-6 tahun dalam industri perbankan serta pengurusan kewangan dan sekarang sebagai penulis blog kewangan.

Tapi sebelum kita masuk ke topik kewangan, saya ingin mulakan dengan satu soalan besar:

Kenapa kita kena mula melabur? 🤔

  • Adakah sebab nak gandakan simpanan saja?
  • Rasa FOMO? Tengok kawan dah mula melabur
  • Atau sebab anda rasa bergantung dengan tabung KWSP saja tak cukup?
  • Mungkin jugak sebab nak financial independence, retire early (FIRE), tak mahu terikat dengan kerja 9-5 selamanya?

Apa pun sebab anda melabur bagi saya pelaburan bukan soal nak kaya cepat.

Pelaburan ni perkara yang lebih besar. Ianya tentang kebebasan. Kebebasan untuk kita memilih cara hidup kita sendiri.

💸 Kebebasan Kewangan

Cuba bayangkan kalau satu hari nanti, anda boleh bekerja kerana anda sendiri yang nak, bukannya sebab anda terpaksa kerana ada komitmen bulanan yang perlu di bayar? Itulah matlamat saya, dan sebab utama saya pilih untuk mula melabur. 

Saya sendiri bukan datang daripada keluarga berada. Saya datang daripada kelas pekerja. Kedua-dua ibu bapa saya hanyalah penjawat awam di 2 buah agensi kerajaan. Keluarga kami tidaklah kaya, tidak juga miskin–just living a modest life. Kami sekeluarga pun tiada sangat ilmu atau pendedahan awal tentang kewangan atau pelaburan. Walaupun begitu, sejak kecik mak saya selalu cakap kena simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji. Rasanya itulah saja pendedahan awal kepada saya. Dan alhamdulillah sewaktu saya berumur awal 20an saya terbeli buku Rich Dad Poor Dad. Dan selepas itu saya mula faham tentang asas pelaburan dan sejak itu saya melihat duit berbeza daripada sebelumnya.

🧠 Ilmu > Modal

Ramai orang ingat kalau nak mula melabur kena ada sekurangnya RM10,000. Tapi sebenarnya, yang lebih penting adalah ilmu dan sistem. In fact, saya rasa pelaburan pertama saya adalah sekitar RM25 iaitu karangan Robert Kiyosaki tadi. Dan kalau saya boleh sebutkan 2 buku lagi yang menjadi pelaburan yang sangat berbaloi buat saya, at least for the past 5-10 years, adalah The Psychology of Money & The Millionaire Fastlane. Ketiga-tiga buku ini tidak lebih daripada RM150. Tetapi ianya mengubah mindset dan sudut pandang saya tentang kewangan dan pelaburan. 

Dalam masa 5 hari ni, saya akan kongsi dan tunjukkan cara anda boleh mula melabur dengan modal yang rendah serta mindset yang betul.

⚡ Misi Hari Ini: Pelaburan Ini Untuk Siapa?

Sebelum kita teruskan ke Hari #1 esok, saya nak ajak anda untuk berfikir tentang satu benda:

“Seandainya anda pilih untuk tak berbuat apa-apa sekarang, anda pilih untuk teruskan routine dan amalan yang anda buat 5 tahun lepas, adakah 5 tahun akan datang… hidup anda akan lebih baik, atau sama saja? Atau 5 tahun akan datang, kehidupan anda akan menjadi lebih susah?”

Sama-sama kita renungkan. Itu sahaja untuk hari ni.

Sementara menunggu email pertama course ini esok, dalam masa 5-10 minit lagi anda akan menerima email Hari #0:

"Jangan Lupa Tambah ‘Peluru’ 🔫"

Terima kasih kerana pilih untuk join email course ini. Saya yakin bila anda habis crash course ni, anda akan lebih yakin, lebih bijak dan lebih bersedia untuk bina masa depan kewangan anda.

Jumpa esok! 👋

– Amer
Penulis blog kewangan & creator course "Bijak Sebelum Kaya"

Hari 0: Jangan Lupa Tambah 'Peluru' 🔫

Hey 👋,

Sebelum kita start Hari #1 esok…

Saya nak ajak anda fikir satu perkara penting yang selalu orang terlepas pandang bila nak mula melabur: Macam mana aku boleh tambah pendapatan dulu?

Sebab realitinya, kalau nak mula simpan & melabur memang susah kalau duit gaji yang anda ada sekarang hanya cukup-cukup makan. Sebagai contoh, kalau ada ada 2 orang lelaki bujang siapa lagi senang nak simpan & melabur: Ali dengan gaji RM3500 target nak simpan RM1500 sebulan atau Abu dengan gaji RM2300 nak simpan RM800 sebulan? Obviously. In fact, Ali mampu simpan lagi banyak daripada Abu.

Oleh sebab itu, saya letak topik atau email ni sebagai email pertama sebelum course Bijak Sebelum Kaya bermula.

Kalau semua duit yang masuk = semua duit yang keluar, mana mungkin kita boleh sembang pasal “buat duit bekerja untuk kita”.

Tapi jangan risau – benda ni normal. Saya pun pernah lalui fasa tu. Dan jawapan saya masa tu bukan cari pelaburan yang boleh gandakan RM100 menjadi RM1,000 dalam seminggu… kalau itu benda yang pertama terlintas kat kepala anda, tolonglah abaikan. Besar kemungkinan anda bakal terjerat dalam skim cepat kaya.

Jadi jawapan saya masa tu ialah:

➡️ Tambah pendapatan.

Kenapa Tambah Pendapatan Dulu?

Ada 3 sebab kenapa ramai orang yang “bermula dari bawah” lebih yakin untuk melabur bila mereka dapat tambah extra income:

  1. Lebih Banyak Ruang
    Tiba-tiba anda ada lebihan RM200-RM300 sebulan. Itu dah cukup untuk mula melabur dengan strategi yang berkesan & konsisten.
  2. Lebih Yakin
    Bila duit yang anda laburkan tu bukan dari duit makan atau bayar bil setiap bulan, anda rasa lebih tenang. Tak terdesak atau gelojoh.
  3. Lebih Fokus Pada Nilai Jangka Panjang
    Orang yang ada lebihan pendapatan biasanya lebih sabar dan boleh menunggu hasil pelaburan berkembang untuk 10-20 tahun (even 30 tahun), berbanding nak cari shortcut.

💡 Beberapa Cara Untuk Tambah Pendapatan (Tanpa Resign)

Kalau anda tengah fikir “macam mana aku nak tambah income?”, ni beberapa idea simple yang anda boleh explore:

  • Freelance: Tulis, design, edit video, jaga media sosial.
  • Jual skill anda: Kalau pandai ajar subjek tertentu, anda boleh mula kelas online.
  • Buat side hustle part-time malam/weekend. Seperti jadi driver Foopanda.
  • Jana komisen: Jadi ejen unit trust, takaful, property (jika minat).
  • Affiliate: Kongsi produk yang anda guna dan suka, dan dapat komisen bila orang beli.

Tak semua sesuai untuk semua orang. Tapi satu je yang penting:

Mula dengan kecil, tapi mula SEKARANG.

Misi Hari Ini: Cari 1 Peluang Untuk Tambah Pendapatan

Hari ni, saya nak anda fikir dan tulis satu peluang (kecil pun tak apa) yang anda boleh explore untuk tambah pendapatan bulan ni. Tak semestinya terus buat duit RM1,000. Tapi cukup untuk bina keyakinan bahawa “aku boleh tambah income kalau aku betul-betul nak.”

Contoh:

  • "Aku boleh tolong design poster untuk kawan yang ada bisnes kecil."
  • "Aku boleh buat content di Tiktok dan letak beg kuning."

Kita akan mula simpan & melabur esok — tapi hari ni, kita siapkan 'landasan' dulu. Sebab bila pendapatan anda bertambah walaupun sedikit, anda akan rasa lebih yakin nak buat keputusan pelaburan.

Jumpa anda di Hari #1 esok:

Kenapa Susah Sangat Nak Simpan Duit? 💸

Jom tambah pendapatan 💪

– Amer
Penulis blog & suka mencari extra income

Hari 1: Kenapa Susah Sangat Nak Simpan Duit? 💸

Hey 👋,

Kalau anda tanya mana-mana orang muda hari ni apa yang paling susah bila bab duit, kebanyakan akan respon:

“Aku nak simpan duit pun tak lepas, macam mana nak melabur?”

Dan saya sebenarnya faham sangat. Tapi bila saya mula gali lebih dalam – bila bersembang dengan kawan-kawan, baca buku kewangan, dan tengok trend orang muda hari ni – saya sedar…

Ramai orang bukan tak nak simpan duit. Tapi ada beberapa penghalang besar yang buat benda simple macam menyimpan pun rasa macam mustahil.

So hari ni, kita akan tengok 4 “alasan” (atau cabaran besar) yang menghalang ramai orang daripada menyimpan dan melabur. 

Alasan 1: “Tak Cukup Duit”

Ini alasan paling common kita dengar.

Memang tak dinafikan kos hidup makin tinggi. Gaji naik sikit, tapi harga barang naik sampai 2x ganda. Tetapi yang jarang kita sedar ialah bila kita cakap “tak cukup duit untuk simpan”, kadang-kadang maksud sebenar ialah “tak cukup cakna”.

Saya tak cakap ni untuk menyalahkan sesiapa. Tapi bila anda mula track perbelanjaan bulanan atau harian (walaupun secara kasar), anda akan terkejut betapa banyak duit yang sebenarnya bocor, dan bukannya sebab tak cukup duit.

Namun, kalau anda tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Dan masih bergaji di bawah RM2,300 sebulan, kembali ke email hari #0 tentang “Jangan Lupa Tambah ‘Peluru’ 🔫.

🧠 Alasan 2: “Nanti Dah Stabil Baru Simpan”

Orang kita selalu jugak pakai alasan ni, alasan “Nanti” – 

  • Nanti naik gaji.
  • Nanti dah kahwin.
  • Nanti dah habis bayar kereta.
  • Nanti dah itu/ini

Tapi sampai ke sudah “Nanti” tu tak sampai-sampai. Sebab "Nanti" akan sentiasa ada komitmen baru & "Nanti" ada benda baru nak beli. Ada sahaja barang nak checkout kat Shopee setiap bulan. 

Kita bukan simpan duit bila dah mampu – kita simpan duit supaya kita akan mampu suatu hari nanti.

Salah satu cari nak terhindar daripada mindset ni adalah dengan “save yourself first”. Dalam buku The Richest Man in Babylon, prinisip ini merupakan prinsip pertama yang dikupas. Bila dapat gaji, sebelum berbelanja, simpan dulu 10% untuk diri anda sendiri. 10% itu adalah hak atau hadiah anda kerana bekerja keras pada bulan tersebut. Mula dengan sikit, tetapi secara konsisten setiap bulan.

🧾 Alasan 3: “Aku Tak Pandai Urus Duit”

Ramai rasa malu nak belajar pasal kewangan sebab takut nampak bodoh. Tak boleh salahkan sistem kewangan 100% jugak yang dicipta untuk buat kita rasa bingung & intimidated – terlalu banyak perkataan jargon atau big words. Mungkin kita kena ambik extra step sikit untuk belajar, macam yang tengah anda buat sekarang ini… join course ni.

Tapi pelaburan yang sebenar adalah sangat simple. Kita cuma kena ada satu benda:

Sistem yang mudah + habit yang konsisten.

Dan berita baiknya adalah? Dalam course 5 hari ni, saya akan bantu anda untuk bina sistem tersebut – tanpa pening kepala.

😰 Alasan 4: “Takut Buat Silap”

Halangan besar terahir adalah – takut rugi. Takut tersalah pilih. Takut kena scam. Takut buat silap dan sebagainya.

Tapi realitinya… 

Kita semua dilahirkan dengan rasa takut. In fact, rasa takut itu menjadi signal yang anda sepatutnya acknowledge. Tetapi takut dan pilih untuk tidak berbuat apa-apa tidak menyelesaikan masalah. Jangan biarkan rasa takut tadi menjadi batu halangan untuk anda bertindak.

Kalau rasa takut, ambik tindakan untuk belajar. Ambil tahu dan selepas itu ambil tindakan. Sebab kalau anda terus tunggu sehingga 100% yakin atau rasa takut tersebut hilang, besar kemungkinan anda tak akan bermula sampai bila-bila. 

Misi Hari Ini: Kenal Pasti Halangan Anda

Hari ini saya nak ajak anda ambil 5 minit untuk jawab soalan ni (boleh tulis dalam notes);

Apa satu halangan paling besar yang buat saya susah nak simpanda dan melabur sekarang? Dan apa satu langkah kecil yang saya boleh buat untuk mula ubah dalam minggu ni?

Perubahan tersebut tak perlu besar. Kadang-kadang perubahan yang kecil yang konsisten boleh ubah arah hidup kita sepenuhnya. 

Esok Hari #2, kita akan bincang 1 topik yang ramai orang anggap tabu:

Perlu Tunggu Kaya Baru Mula Melabur? 🤔
(Spoiler alert: Jawapannya TIDAK)

Jumpa esok!

– Amer
Penulis blog & kawan baru anda dalam pelaburan

Hari 2: Perlu Tunggu Kaya Baru Mula Melabur? 🤔

Hey 👋,

Pernah tak rasa macam...

"Nanti lah, aku belum kaya lagi. Bila dah kaya nanti aku mula melabur."

Kalau anda pernah rasa, anda tak keseorangan. Hakikatnya ramai orang fikir pelaburan ni hanya untuk orang yang dah "settled" kewangan, orang yang gaji besar atau untuk orang yang ada duit bonus lebih.

Tapi realitinya:

Orang bijak melabur untuk jadi kaya. Bukannya tunggu kaya baru melabur.

🧠 Mindset Yang Salah: Pelaburan = Untuk Orang Kaya

Ramai yang tunggu naik RM5,000, naik RM7,000 baru nak melabur... tapi ketahuilah saat anda berada kat situ anda masih rasa tidak cukup. Ini kerana orang cakap "besar periuk, besar keraknya".

Kalau dulu pakai kereta myvi rasa sudah cukup, tapi bila gaji dah naik RM6,000 tiba-tiba myvi rasa "kecik" perlukan kereta yang lebih besar. Sebab itu perlu ada sistem. Kalau tidak ada sistem, berapa banyak duit yang masuk pun tetap akan habis tanpa arah tujuan.

Mindset Yang Betul: Mula Kecik, Tetapi Konsisten

Pelaburan ni bukan perlumbaan. Ia seperti anda tanam pokok.

Anda tak perlu tanam pokok 10 kaki. Anda cuma perlu tanam benih — dan siramnya setiap hari.

Kalau anda mula labur RM100-RM200 (even RM50) sebulan pun, dalam 10–15 tahun hasilnya akan banyak. Waktu tu anda akan rasa nasib baik aku simpan RM50 ni dulu.

Yang penting:

Mula sekarang, bukan nanti.

📊 Apa Anda Boleh Labur Dengan Modal Kecil?

Hari ni, pelaburan tak macam dulu. Sekarang:

  • Saham & ETF boleh beli serendah RM10 (melalui broker yang betul).
  • ASB Financing pun boleh mula dari RM100 sebulan.
  • Tabung pelaburan seperti Versa pun ada pilihan serendah RM1.

Benda ni kita akan bincang details dalam di Hari #5 nanti, tapi hari ni saya cuma nak anda percaya satu perkara penting:

Anda tak perlu tunggu kaya untuk jadi pelabur. Anda cuma perlu mula.

Misi Hari Ini: Kira Berapa Anda Boleh Labur Bulan Ni

Tak kira banyak mana gaji anda sekarang, cuba kira:

“Berapa jumlah realistik yang saya boleh labur setiap bulan—tanpa rasa terbeban?”

Contoh:

  • RM50 lepas tolak semua komitmen?
  • RM100 lepas kurangkan GrabFood?

Tulis jumlah tu. Simpan dalam notes. Ini akan jadi kompas anda nanti.

Esok, kita akan masuk satu topik yang orang selalu takut nak sentuh: Risiko melabur. Dan macam mana nak uruskan risiko tu.

Jumpa anda esok!

—Amer
Penulis blog & pernah simpan RM10

Hari 3: Takut Risiko? Tak Melabur Pun Ada Risiko 😅

Hey 👋,

Ramai orang takut nak melabur sebab satu benda:

R I S I K O.

“Takut rugi.” “Takut salah pilih saham.” “Takut kena tipu.”

Semua rasa tu tak salah, ia sebenarnya valid. Saya pun pernah rasa even sekarang pun masih rasa. Sebelum kenal unit trust, rasa takut nak melabur. Sebelum kenal Bitcoin, saya akan kempen kat kawan-kawan dan client waktu tu, cakap Bitcoin semua ni scam. Tapi ada satu perkara yang saya sedar bila makin lama saya belajar pasal kewangan:

Melabur tu memang ada risiko. Tapi kalau tak melabur langsung — risikonya lagi besar.

💸 Risiko Tak Melabur = Duit Susut Nilai

Kalau anda simpan RM1,000 bawah bantal atau dalam akaun bank biasa…

5 tahun dari sekarang, nilai kuasa beli duit tu akan kurang. Kenapa? Rasanya anda mesti ingat 15-20 tahun lepas, kalau mak ayah kita bawak RM100 pergi supermarket biasanya akan penuh troli waktu tu. Sekarang? Suku trolley pon belum tentu.

Kerana inflasi, harga barang-barang akan naik setiap tahun. Jadi kalau anda biarkan duit anda dalam akaun simpanan biasa (atau lagi teruk di bawah bantal) anda akan rasa kos hidup akan naik secara perlahan-lahan.

Sebab tu simpan sahaja tak cukup. Kita perlu simpan dan laburkan supaya duit tu berkembang.

🧠 Macam Mana Nak Urus Risiko Dalam Pelaburan?

  1. Jangan letak semua dalam satu tempat
    Kalau anda letak semua duit dalam satu saham atau satu aset — itu bahaya. Tapi kalau anda ada pelaburan dalam pelbagai sektor (contohnya REITs, ASNB, ETF, dll), risiko tu boleh dikawal.
  2. Labur ikut risiko yang anda faham
    Kalau anda belum faham kripto, jangan mula dengan Bitcoin. Kalau anda faham pasal ASB atau Tabung Haji, mulakan dengan itu.
  3. Fokus jangka panjang
    Pelaburan jangka pendek memang ada turun naik. Tapi dalam jangka masa panjang, pasaran kewangan biasanya naik (asalkan anda sabar & konsisten).

⚠️ Real Talk: Risiko Tetap Ada. Tapi Anda Ada Kuasa Kawal Tak ada pelaburan yang 100% selamat.

Tapi anda ada kawalan terhadap:

  • Berapa banyak anda labur
  • Di mana anda labur
  • Dan berapa lama anda nak biarkan duit tu berkembang

Itulah seni jadi pelabur bijak.

Misi Hari Ini: Nilai Risiko Yang Anda Selesa

Fikir dan tulis:

“Apa jenis pelaburan yang saya rasa paling selesa untuk mulakan?”

Contoh:

  • ASB Financing sebab dijamin kerajaan?
  • REITs sebab ada dividen yang konsisten?
  • ETF sebab ia pelaburan kolektif?

Esok, kita akan tengok topik ramai orang pening: Nak labur dekat mana dulu? Dan macam mana nak pilih?

Jumpa anda esok!

—Amer
Penulis blog yang suka ambil risiko

Hari 4: Tak Tahu Nak Labur Kat Mana? Mula Di Sini.

Hey 👋,

So anda dah mula faham:

  • Kenapa susah simpan duit
  • Kenapa tak perlu tunggu kaya
  • Dan kenapa tak melabur pun sebenarnya risiko juga

Tapi sekarang mesti datang soalan ni:

“Okay… tapi aku nak labur kat mana sebenarnya?”

Jangan risau. Soalan ni sangat-sangat biasa.

Dan berita baiknya — anda tak perlu jadi pakar kewangan untuk buat pilihan pertama yang bijak.

📌 3 Jenis Pelaburan Mesra Beginner (Patuh Syariah & Modal Rendah)

Berikut antara pilihan popular & mudah difahami untuk anda yang baru nak mula:

🏛️ 1. REITs (Real Estate Investment Trusts)

  • Sesuai untuk yang suka hartanah tapi tak nak beli rumah.
  • Anda labur dalam syarikat yang uruskan bangunan besar (mall, hotel, hospital).
  • Dapat dividen setiap 3 bulan.
  • Contoh: Axis REIT, Al-`Aqar.

✅ Sesuai untuk: yang nak income pasif konsisten.

📊 2. ETF (Exchange Traded Funds)

  • Anda beli satu unit ETF, tapi dalam tu ada banyak saham.
  • Lagi mudah diversifikasi tanpa pilih saham satu-satu.
  • Boleh mula dari serendah RM10 di platform seperti Versa, Wahed atau FSMOne.

✅ Sesuai untuk: yang nak pelaburan jangka panjang & rendah risiko.

🟢 3. ASB (Amanah Saham Bumiputera) / ASB Financing

  • Saham tetap dengan pulangan sekitar 4–5% setahun.
  • Dijamin kerajaan & patuh syariah (ASB 2 juga pilihan).
  • Financing (pinjaman ASB) boleh bantu gandakan potensi dividen.

✅ Sesuai untuk: yang nak permulaan selamat dan stabil.

📣 Yang Penting: Mula Dengan Apa Yang Anda Faham Pelaburan bukan pasal ikut trend. Tapi ikut kefahaman dan keselesaan sendiri.

Kalau anda faham dan yakin, baru anda tenang bila harga turun naik.

🪄 Misi Hari Ini: Pilih 1 Aset Untuk Fokus

Tanya diri anda:

“Daripada 3 pilihan tadi, mana satu saya rasa paling mudah nak faham dan sesuai untuk saya mula?”

Ambil satu. Fokus. Mula dengan kecil.

Esok, kita akan wrap up dengan strategi paling penting: konsistensi.

Jumpa anda esok!

—Amer
Penulis yang bermula

Hari 5: Rahsia Sebenar Pelabur Bijak: Konsistensi, Bukan Timing 🎯

Hey 👋,

Tahniah sebab sampai ke Hari #5! 🎉 Sekarang anda dah faham:

✅ Kenapa kena tambah pendapatan ✅ Kenapa ramai susah nak simpan ✅ Kenapa tak perlu tunggu kaya ✅ Macam mana urus risiko ✅ Dan dekat mana nak mula melabur

Soalan terakhir yang paling penting:

Macam nak pastikan saya boleh konsisten dan tak give up lepas sebulan dua?

Jawapannya: sistem. Bukan semangat.

📆 Kenapa Sistem Lebih Penting Dari Motivasi?

Sebab semangat naik turun. Tapi sistem akan tetap jalan walaupun anda malas hari tu.

Contoh sistem mudah:

  • Tetapkan auto-debit RM100 masuk ke platform pelaburan setiap bulan
  • Gunakan apps seperti Versa, Wahed, atau ASNB yang ada auto-recurring
  • Track pelaburan anda dalam satu Google Sheet (boleh dapat template nanti)

DCA — Dollar Cost Averaging

Ini strategi paling ramai investor bijak guna:

➡️ Melabur amaun tetap setiap bulan, tanpa cuba ‘time’ pasaran.

Kadang-kadang beli mahal. Kadang-kadang beli murah. Tapi dalam jangka panjang, kos purata anda stabil.

Dan yang best — anda tak stress tengok market. Anda cuma konsisten.

🪄 Misi Hari Ini: Reka Sistem Pelaburan Anda Sendiri

Tanya diri:

“Berapa saya boleh auto-labur setiap bulan secara konsisten?”

Contoh sistem simple:

  • RM100 ke ETF pada 1hb setiap bulan
  • RM200 ke ASB melalui auto-debit CIMB
  • Review prestasi setiap 3 bulan

Simpan sistem anda. Itu akan jadi pelan tindakan sebenar lepas habis kursus ni.

Dan untuk anda yang stay sampai habis — esok saya ada satu email Bonus Day #6 🎁

Topiknya? “Macam Mana Nak Gandakan Pelaburan Anda Dengan Ilmu & Komuniti” 🚀

Jumpa esok, pelabur bijak!

—Amer
Penulis blog & sahabat anda

Hari 6 [BONUS]: Jangan Labur Seorang Diri 🚀

Hey 👋,

Ramai orang fikir pelaburan ni benda peribadi—kena buat sorang-sorang.

Tapi sebenarnya, kalau anda nak betul-betul berkembang…

Anda perlukan 2 benda: Ilmu + Komuniti.

📘 Ilmu = Anda Tak Panik Bila Market Turun

Pelabur yang ada ilmu:

  • Tahu beza antara turun sementara dan masalah sebenar
  • Tahu sabar tu untung
  • Tahu bila nak beli lebih masa orang panik

Sebab tu ramai pelabur berjaya terus baca, belajar dan asah mindset & strategi mereka — bukan main hentam semangat.

👥 Komuniti = Anda Tak Rasa Sorang-Sorang

Bila ada kawan sama-sama belajar:

  • Anda rasa lebih semangat
  • Anda boleh kongsi peluang, idea dan kesilapan
  • Anda lebih konsisten sebab ada accountability

Pelaburan ni bukan sprint—ia maraton. Dan dalam maraton, ada orang sebelah tu buatkan perjalanan lebih ringan.

🌱 Langkah Seterusnya Untuk Anda?

Kalau anda dah habiskan kursus ni, anda dah pun 10 langkah ke depan berbanding majoriti rakyat Malaysia. Tapi perjalanan anda tak berhenti di sini.

Saya sedang bina satu komuniti kecil & eksklusif untuk bantu anda bina portfolio pelaburan pertama bernilai RM10,000 — langkah demi langkah.

Komuniti ni untuk anda kalau: ✅ Anda baru mula, dan tak nak belajar sorang-sorang ✅ Anda nak bimbingan ringkas tapi jelas, setiap minggu ✅ Anda nak kekal konsisten walaupun modal tak besar

📬 Saya akan kongsikan lebih lanjut dalam beberapa hari lagi. Tapi sebab anda dah habiskan kursus ni — anda akan dapat peluang akses awal nanti 😉

🪄 Misi Bonus Hari Ini: Siap Sedia Untuk Langkah Baru

Hari ini, saya nak anda fikir satu perkara:

“Apa yang akan jadi kalau saya terus belajar dan melabur secara konsisten 12 bulan dari sekarang?”

Tuliskan jawapan anda.

Lepas ni, saya akan bantu anda realisasikan jawapan tu — dengan sistem dan komuniti yang menyokong anda dari mula sampai capai RM10K pertama 📈

Sampai jumpa tak lama lagi.

Teruskan melabur, teruskan belajar!

—Amer

Waitlist Blueprint Bina Portfolio RM10K (BBP10K)

Coming soon..