5 high income skill untuk buat korang berharga di mata boss..
Kalau ini kali pertama korang baca, ini adalah newsletter mingguan yang saya berkongsi lessons, insights dan apa yang menarik saya jumpa sepanjang minggu tersebut. Korang boleh baca isu sebelumnya di sini atau di sini.
Hi dan salam Jumaat.
🚀 Blog Post Terbaru:
Tak Dapat Straight A dalam SPM? Baguslah.
Student-student yang gagal SPM ni sebenarnya beruntung. Sebab diorang boleh tanya soalan-soalan berat lebih awal. Antaranya:
- Apa sebenarnya aku nak buat dalam hidup?
- Apa yang aku sanggup usaha dan korbankan?
- Hidup macam mana yang aku nak bina?
Even orang2 yang dah kerja 10-15 tahun pon belum tentu dapat jawab soalan2 ni.
Dalam blog post ni jugak saya share 2 benda pelik tentang kejayaan – 1) kejayaan buat kita play safe dan 2) kejayaan jarang datang dengan keputusan peperiksaan yang bagus. Buktinya? (hint: burger Ramlee)
Kalau korang perlukan khidmat nasihat tentang pembiayaan ASB, boleh klik link wassap di bawah.
💡 Idea Minggu Ini:
Kalau korang rasa stuck dalam life atau kerjaya, jangan hanya duduk diam. Jangan salahkan takdir. Tiada sesiapa yang akan bantu korang kalau korang sendiri tak nak bantu diri korang sendiri.
Macam yang saya tulis dalam blog post tadi, korang kena belajar dan improve diri sendiri. Ini antara high-income skill yang korang boleh belajar untuk tahun 2025.
- Copywriting
- Digital marketing
- Software & Web Development
- Video Editing & Storytelling
- Sales & High-Ticket Closing
Sekarang ada banyak company yang buat hiring tanpa tengok formal qualification. Walaupun korang pernah gagal SPM atau mana-mana part of your life, ambik masa untuk belajar these skills. Saya kenal beberapa orang di Twitter (atau X) yang earn way higher daripada orang lanyard hijau. Walaupun dia tak habis belajar degree pun dulu.
Dengan internet dan chatgpt sekarang, korang boleh mintak AI buatkan route map untuk korang belajar skill-skill tadi. Bagi masa 3-6 bulan untuk korang belajar dan you'll be far more valuable di mata boss korang. Kaching kaching $$$.
💸 Earning Week 3
Macam biasa setiap minggu saya akan share stats & number bagi projek buat duit online selama 52 minggu.

Untuk Twitter atau X, korang boleh nampak steady growth number of followers. Kat situ saya hanya focus untuk bagi value dan saya test & validate beberapa idea campaign & blog post terbaru. Tengok samada ada ianya resonate dengan audience atau tak.
Antara 3 testing campaign yang saya cuba baru-baru ni:
- 7-Post Launchpad (target: orang yang nak menulis online)
- Blueprint Blog Weekend (target: orang yang nak ada blog)
- Blueprint Bina Portfolio RM10K (target: orang yang minat dengan topik personal finance)
Daripada 3 campaign ni, Blueprint Bina Portfolio RM10K ni yang paling banyak impression. ~9K views. Nampaknya saya akan put more effort and time untuk test campaign ni.

Kalau korang berminat lebih details tentang campaign personal finance ni, boleh join waiting list ini: https://ameruddinibrahim.kit.com/blueprint10k
🔎 Apa Saya Jumpa Minggu Ini:
- [Artikel] Be Minimally Extractive
- [Newsletter] Coffee Break – Kalau tanya saya apa newsletter yang saya akan baca setiap pagi sebelum start kerja.. Coffee Break jawapannya. Even saya tak tengok social media pun, masih boleh keep updated dengan berita dan isu semasa. Terbaru student tajaan JPA hanya perlu bayar 5% daripada pinjaman sahaja kalau dia dapat CGPA 3.75 hingga 4.0.
👀 Akan Datang:
Minggu depan, saya akan kongsikan saham syarikat yang saya dah HOLD hampir 6 tahun. Berapa profit saya dapat daripada 1 saham syarikat ni? Hampir 3X.
Saya akan share apa yang saya belajar dalam tempoh 6 tahun tersebut. Basically tentang mindset dan fundamental dalam melabur jangka masa panjang. Adakah saya akan terus HOLD saham ni? Atau saya JUAL dan allocate modal tu ke tempat yang lebih baik?
Stay tuned ya.
💬 Kongi Dengan Rakan Anda:
Kalau rasa newsletter ni bermanfaat, kongsikan email ini kepada rakan atau ahli keluarga korang.
So, saya rasa tu saja yang saya ada dalam newsletter kali ni. Thank you for reading. Kita jumpa lagi pada Jumaat depan. Selamat berhujung minggu!
xoxo
Amer
p/s: Let me know what do you think of this new newsletter's format compare with the last one? Issit better? More concise and easy to digest?
Member discussion