1 min read

The Hobbit (J.R.R. Tolkien)

The Hobbit (Shopee)

⭐️⭐️⭐️⭐️
Penulis: J.R.R. Tolkien
Kategori: Feksyen, Fantasi
Habis: Disember 2025

Buku Ni Pasal Apa?

The Hobbit adalah buku klasik pada era awal 1900 dan jugak merupakan prelude untuk kisah The Lord of The Rings. Ianya mengisahkan Bilbo Baggins, seorang hibbit yang selesa dengan kehidupan yang tenang, rutin harian dan jauh sekali daripada sebarang pengembaraan.

Namun hidupnya berubah apabila dia didatangan oleh wizard, Gandaft, bersama dengan 13 dwarf yang mempunyai satu misi: menuntut kembali harta dan jugak kerajaan merea yang telah dirampas oleh seekor nama bernama Smaug.

Walaupun pada awalnya Bilbo langsung tidak bersedia dan sebenarnya tidak berminat, namun dia terheret menyertai satu perjalanan yang penuh cabaran. Sepanjang pengembaraan ini, Bilbo berdepan dengan makhluk pelik, cabaran berbahaya, dan situasi yang memaksanya keluar dari zon selesa.

Cerita ini menggabungkan pengembaraan klasik, humor halus, dan dunia fantasi yang kaya, sambil menunjukkan bagaimana seorang individu biasa boleh berkembang menjadi seseorang yang lebih berani dan bijak melalui pengalaman yang tidak disangka-sangka.

Apa Yang Best?

Aku sebelum ni tak pernah berminat sangat pasal series Lord of The Rings. Tapi bila aku start baca buku feksyen, nama seperti J.R.R. Tolkien memang tak boleh lari.

Jadi pada awalnya aku pilih untuk baca The Hobbit sebagai pengenalan dengan tulisan penulis. Dan disebabkan buku ini adalah standalone, jadi aku rasa tak berat untuk nak baca.

Walaupun bahasa buku ni adalah klasik, aku tiada masalah untuk faham dan berimaginasi dengan setiap scene dalam buku ni. Aku tak sangka buku ni boleh membuatkan aku rasa best bila baca klasik.

Baca Ke Tak?

Kalau kau takut untuk mula baca series atau trilogy J.R.R. Tolkien yang lain, kau boleh start dengan The Hobbit. Recommended!