Tak Perlu Berjimat Beli Kopi. Tingkatkan Value Diri Sendiri

Saya rasa kita semua pernah dengar nasihat macam ni:
"Dah dah la tu beli kopi 15 ringgit tu tiap hari. Kau boleh jimat beribu-ribu setahun."
Kalau tak mak, mesti ada kawan-kawan anda yang pernah cakap macam ni bukan? Bunyinya macam masuk akal. In fact, saya sendiri pernah cakap benda yang sama dekat orang rumah saya.
Kalau berhenti beli kopi RM10-15 sehari, sebulan dah boleh jimat dekat RM300-400. Kalau setahun dah jadi RM4000 lebih! Banyak memang banyak. Tapi jujur saya cakap... berhenti beli kopi semata bukan sebab utama anda akan jadi kaya. Ya, mungkin anda akan murung seketika sebab terpaksa minum kopi mesin atau instant kopi di pejabat.
Tapi nak tahu apa yang lebih berbaloi? Jangan hanya cut atau bajet untuk beli kopi saja. Tetapi bajet jugak untuk tingkatkan diri sendiri.
Kopi RM15 Bukan Masalah Sebenar
Ramai orang bukan ada masalah berbelanja pun. Mereka tahu bila masa mereka patut simpan duit daripada terus berbelanja. Tetapi masalah sebenar mereka adalah dari segi pendapatan. Mereka tak mempunyai gaji atau pendapatan yang cukup.
Nak jadi kaya dengan budget yang sangat ketat ni ibarat anda nak menang perlumbaan F1 tetapi strateginya adalah dengan kurangkan penggunaan minyak aka perbelanjaan. Niat sudah betul, untuk jadi kaya, tetapi malangnya strategi yang digunakan adalah salah.
Ya, pengurusan kewangan tu adalah salah satu tangga untuk mencapai apa yang kita panggil sebagai financial freedom. Tetapi kalau betul-betul nak bina kekayaan, realiti mana yang lebih mudah untuk kita capai. Samada kita pilih untuk tambah pendapatan RM1,000-500 sebulan atau dengan kita jimat RM15 sehari. I guess you already know the answer.
Of course, anda boleh jimat RM15 sehari, atau RM500 sebulan, tetapi berapa lama anda boleh bertahan dengan pendapatan dibawah RM3,000 di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur?
Duit Kopi Guna Untuk Upgrade Diri
Instead of fikir nak jimat RM15 sehari, why not tukar kepada fikir dekat mana nak labur RM300 untuk upgrade diri sendiri. Berikut antara praktikal breakdown yang anda boleh dapat dengan jumlah tadi:
- Labur dalam Skills yang Menguntungkan (RM100-150)
- Kemahiran digital & perniagaan seperti course di Udemy, Skillshare atau Coursera
- Beli Buku untuk Upgrade Diri (RM30-50)
- Beli 1 buku sebulan (di Shopee, BookXcess, Popular, MPH)
Cari topik seperti kewangan, produktiviti atau self-help. Saya list buku yang banyak bantu saya dalam karier dan kewangan. - Cadangan buku:
- Atomic Habits
- So Good They Can't Ignore You
- The Psychology of Money
- Beli 1 buku sebulan (di Shopee, BookXcess, Popular, MPH)
- Bina Portfolio atau side-project (RM0-50)
- Macam saya pilih web development, digital marketing dan content creation sebagai portfolio untuk career advancement:
- Buat blog
- Document perjalanan apa yang anda belajar di X, LinkedIn atau blog
- Start Youtube channel atau TikTok
- Anda bukan saja belajar, tetapi anda jugak bina personal branding dan mungkin ada peluang untuk jana pendapatan kemudian hari.
- Macam saya pilih web development, digital marketing dan content creation sebagai portfolio untuk career advancement:
- Join Komuniti atau Challange (RM0-50)
- Join group Discord atau Telegram
- Join challenge yang berbayar atau mini course dengan sokongan komuniti seperti course 5 hari, 5 tip jadi pelabur bijak.
Sekarang daripada anda hanya pilih untuk bertahan dengan whatever balance yang anda ada hingga hujung bulan, anda pilih untuk menyerang dengan leverage. Iaitu pilih untuk upgrade atau melabur untuk naikkan nilai diri anda.
Sebab dengan kemahiran, anda boleh memberikan value, dan value = pendapatan, dan dengan pendapatan anda membina kekayaan.
Because skills → create value → generate income → build wealth.
Tak ada sesiapa jutawan yang berjaya kat luar sana, hanya kerana kerena pilih untuk skip beli kopi setiap hari. Tetapi ramai jutawan kat luar sana yang berjaya sebab mereka cipta solusi, atau hasilkan karya atau paling mudah adalah mereka memberi nilai kepada orang ramai.
Masalah Budget Boleh Selesai dengan Tambah Pendapatan
Cuba anda bayangkan pendapatan tahunan anda naik sekali ganda. Daripada hanya berpendapatan RM3,000 sebulan jadi RM6,000 sebulan. Agak-agak korang ada isu lagi tak dengan nak beli kopi setiap hari? Tiba-tiba isu RM10-15 tadi dah jadi isu kecik.
Bila anda ada room to breathe, keputusan yang anda akan buat jugak akan jadi lebih rasional. Dengan dan bila anda buat keputusan yang rational aka bijak secara konsisten, biasanya kekayaan akan datang secara semula jadi. Anda tak mencari skim cepat kaya, anda tak panic buying, anda melabur dengan konsisten atau tak jual waktu market dengan jatuh dan lain-lain.
Contohnya, lihat saja lifestyle Warren Buffet. Kenapa orang sanggup untuk bagi opportunity kepada dia untuk bailout great company atau bank? Sebab dia rational dan membuat keputusan yang bijak. Itu reputasi yang dia bina sejak dulu.
Masalah Bukan Pada Kopi. Tetapi Kepada Keselesaan
Isu sebenarnya adalah bukan pada kopi. Isu sebenarny adalah apabila kita pilih status quo atau kita pilih untuk berada di takuk lama. Nak gaji tinggi, tetapi tak ada effort untuk improve skills. Selesa dengan routine yang sama. Kemahiran yang sama. Kalau hanya mengharap dengan kenaikkan gaji sekitar 2-5% setahun, inflasi pun naik pada kadar yang sama. Jadi basically, gaji anda masih sama.
Tapi kalau kopi tadi boleh bagi tenaga serta inspirasi untuk belajar dan bina sesuatu, why not choose both right?
⚡️ Dah Bosan Simpan Duit Tapi Tak Rasa Kaya-Kaya?
Real talk — kalau anda dah penat jimat kopi, potong Netflix, dan bajet makan hari-hari… tapi duit tetap tak cukup…
Mungkin masalahnya bukan belanja. Tapi strategi.
Kalau anda nak belajar cara:
- Mula melabur tanpa tunggu gaji besar
- Bina kekayaan secara konsisten (walaupun start kecil)
- Elak kesilapan pelabur baru yang ramai terjebak
Saya ada email course percuma untuk anda:
“Bukan Kaya Tapi Pandai: 5 Hari Jadi Pelabur Bijak (Tanpa Duit Banyak)”
Daftar sekarang & dapatkan 1 email sehari selama 5 hari — penuh dengan strategi ringkas, praktikal , dan zero jargon.
Klik sini untuk join percuma »
Lepas ni, anda takkan tengok duit dengan cara yang sama lagi.
Member discussion