4 min read

Bayangkan Kalau Anda Tak Pernah Pencen?

Bayangkan Kalau Anda Tak Pernah Pencen?

Jadi, Malaysia pun nak ambik keputusan untuk panjangkan umur pencen? Daripada 60 sekarang nak jadi berapa pula? 65 tahun? Lepas tu 70 tahun? 80 tahun? "Macamana dengan kami pulak? Dah la sekarang kemain susah nak dapat kerja, di panjangkan pulak umur pencen ni!" Ujar anak muda di Facebook sebelum kembali bermain Mobile Legends.

Tapi ni buat saya terfikir satu perkara: apa sebenarnya yang menyebabkan kita takut apabila umur pencen dipanjangkan?

Pencen Sekarang Bukan Macam Dulu Lagi

Dulu, kalau cakap pasal pencen apa yang kita fikirkan? Kita akan fikir kena kerja selama 40 tahun, lepas tu kalau cikgu akan dapat la gratuity dengan jam tangan emas. Dan boleh luangkan masa tua bermain gold atau jaga cucu.

Model pencen macam tu okay bila:

  • Jangka hayat umur adalah ~70 tahun.
  • Kerja anda mungkin boleh memudaratkan kesihatan.
  • Ada duit pencen yang tak akan habis-habis kecuali anda meninggal.

Tetapi hari ini? Tengok saja umur Tun Mahathir. Tahun depan dia dah nak masuk umur 100 tahun! Rare giler. Let's take a look at statistik. Purata umur sekarang adalah sekitar 80+ tahun. Jadi, bila anda bersara wajib pun, masih ada 20+ tahun lagi untuk hidup. Lepas tu sekarang ramai jugak yang sebenarnya enjoy apa yang mereka buat (at least anda cuba bayangkan dulu). Skim pencen pun sudah dimansuhkan dan digantikan dengan simpanan KWSP, yang sekiranya tidak diurus dengan baik boleh habis.

Mungkin dah tiba masa kita "pencen"kan konsep pencen tu sendiri.

Masalah Sebenar: Kita Bekerja Kerja Yang Kita Tak Suka

Kalau membayangkan anda kena kerja sampai umur 65 tahun (atau 70 tahun) buatkan anda rasa takut... sebenarnya apa yang menyebabkan anda rasa sebegitu? Adakah disebabkan faktor umur yang sudah lanjut? Atau anda sebenarnya takut dengan kerja itu sendiri?

Kalau takut kena umur, bagaimana pula dengan golongan yang dah pun pencen tetapi masih lagi memilih untuk bekerja? Kecuali yang bekerja disebabkan oleh kekangan kewangan. Kalau anda buat sesuatu yang memberikan contentment atau sekurang-kurangan anda boleh lagi tolerate – bekerja hingga umur 6oan bukanlah suatu hukuman atau paksaan. Malahan ianya boleh jadi sesuatu yang membebaskan.

Terutamanya apabila:

  • Hutang rumah sudah habis dibayar.
  • Anak-anak pun sudah besar panjang.
  • Anda boleh bekerja ikut terma-terma sendiri.

Tetapi kalau kerja yang anda buat sekarang seperti hari Isnin hingga Jumaat rasa seperti bebanan, dan petang Jumaat tu rasa seperti hari pembebasana... Yeah, pencen pada umur 65 tahun tu memang rasa seperti penjara atau penganiayaan.

Orang Muda Menganggur Sebab Orang Tua Bekerja Lama?

Ramai yang cakap dasar ni sekiranya dilaksanakan akan mencuri peluang pekerjaan untuk orang muda. Tapi kenyataan ni sebenarnya tak menyelesaikan isu yang lebih fundamental. Iaitu bagaimana untuk mencipta satu sistem yang lebih baik untuk semua. Baik yang orang muda yang baru mula-mula nak mencari kerja mahupun kepada orang tua yang menunggu untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka.

Tetapi yang kita patut tanya adalah:

  • Bagaimana kadar pengangguran belia semakin tinggi?
  • Apakah sistem pendidikan sedia ada dan sistem pengambilan pekerjaan kita sekarang perlu direform atau ditambahbaik?
  • Boleh ke untuk kita wujudkan laluan kerjaya yang bersifat lebih fleksible dan keusahawanan?

Jawapan salahkan generasi tua sebab mereka masih bekerja atau salahkan generasi muda sebab mereka terlalu memilih kerja tu mudah, tapi malas nak selesaikan punca masalah sebenar.

Bagaimana Kalau Pencen Bukan Penamat?

Cuba bayangkan dunia di mana pencen bukan lagi ketetapan wajib pada umur 60 tahun.

Bayangkan kalau pencen baru bermaksud:

  • Anda boleh kurangkan waktu bekerja secara berperingkat?
  • Anda boleh tukar menjadi mentor, consultant atau mungkin jugak freelancer?
  • Anda boleh buat side-project yang tak perlukan anda untuk berhenti pada umur-umur tertentu?

Ini adalah idea atau konsep pencen yang boleh kita explore dan sebenarnya realistik pada zaman sekarang. Zaman di mana remote work adalah munasabah. Zaman di mana penggunaan AI jugak tak boleh diketepikan. Dan of course, sekiranya boleh dilaksanakan ianya merupakan sesuatu yang menyeronokkan.

Jadi... Patut Ke Malaysia Naikkan Umur Persaraan?

Mungkin... Tapi apa yang lebih penting adalah kita kena buang stigma tentang pencen ini adalah satu escape daripada alam pekerjaan. Cuba fikirkan pencen adalah satu lagi phase of work yang anda sendiri bina dan bila pencen anda boleh work on it full-time.

Kalau kita fokus kepada membina sebuah career yang lebih fleksible dan fulfilling daripada awal, persoalan samada kita patut pencen ketika umur 60 tahun atau 65 tahun malahan 80 tahun sebenarnya tak akan wujud. Atau ianya tak pernah menjadi satu isu pun. Kerana secara semula jadi, manusia cenderung untuk bekerja atau melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka.

TL;DR

  • Konsep pencen lama dah lapuk.
  • Rasa takut apabila umur pencen dipanjangkan selalunya apabila kita buat kerja yang kita benci.
  • Menaikkan umur pencen tak semestinya negatif – semuanya bergantung pada cara kita bentuk hidup dan kerja yang kita buat.
  • Mungkin dah tiba masa kita berhenti tunggu pencen dan mula bina hiudp yang tak mahu kita berhenti daripada bekerja.