3 min read

Make Reading Fun Again

Make Reading Fun Again

Dah banyak tahun, rasanya sejak zaman universiti, aku selalu cakap kat diri sendiri: Baca buku feksyen ini membazir masa.

Tapi of course la aku tak cakap kuat-kuat. Kata-kata tu sekadar berbunyi dalam hari je, lagi-lagi bila ada orang cadangkan untuk baca buku feksyen.

Tapi walaupun begitu, rak buku kat rumah aku tu masih ada beberapa buku siri epic feksyen yang tebal-tebal. Antaranya trilogy Dune, siri Lord of The Ring dan ada beberapa buku tulisan Brandon Sanderson.

Buku-buku tu usahkan nak baca, tengok saja pun buat aku rasa intimidating. Tapi deep inside aku teringin nak baca buku-buku tersebut. Sebab tu aku sendiri yang decide untuk beli dan kumpul buku-buku tu.

Jadi defence mechanism aku adalah dengan stick saja dengan buku-buku non-feksyen. Lebih nipis dan praktikal. So, ianya justify kenapa aku, dah berbelas kalau tak berpuluh tahun, tak baca buku feksyen.

Kalau tengok rak buku aku sebelum ni, ianya penuh dengan buku-buku kewangan, produktiviti dan self-help. Bak kata isteri aku, buku-buku mat nerd. Boring.

Kinda true.

Beberapa tahun ni, aku perasan habit membaca aku slowly depleted. Masa terluang aku lebih banyak habis dengan scrolling tanpa batasan daripada mana-mana buku dan baca. Buktinya, setakat tahun ni saja aku baru baca tak sampai 2 buah buku.

Tapi ada sesuatu yang trigger untuk aku start baca. Atau aku boleh katakan untuk aku start baca buku non-feksyen.

..

Isteri aku, setakat bulan 11 ni saja dia dah berjaya habiskan lebih dari 25 buah buku. Campur-campur antara buku fizikal dan audiobook. Maksudnya purata buku yang dia berjaya abiskan setiap bulan adalah sekitar 2-3 buku.

Sementara aku? Emm..

Dan dari situ timbul 2 perasaan yang muncul serentak: kagum.. dan masa yang sama malu dengan diri sendiri.

Aku ni banyak sembang pasal personal finance, cakap pasal habit dan improvement. Tapi bila bab membaca, habit yang kita menjadi fundamental pun aku tak buat.

Jadi satu hari, aku buat 1 benda gila.

Aku start baca beberapa buku serentak. Dan daripada aku hanya fokus buku non-feksyen, aku masukkan jugak buku non-feksyen.

Ada yang panjang, ada yang pendek. Ada memoir, ada fantasi.

Sedang aku menulis blog post ni, ini senarai buku yang aku tengah baca serentak:

  • Mistborn
  • Thousand Splendid Sun
  • Breath Become Air

Dan ada perkara menarik yang terjadi.

Aku jadi lebih banyak membaca.

Tiba-tiba membaca buku ni jadi fun semula. Less intimidating.

Kalau sebelum ni buku-buku Sanderson aku rasa kurang praktikal, sekarang aku boleh enjoy baca 10-20 muka surat sekali hadap.

Kalau sebelum ni aku rasa membaca ni macam kerja, sekarang aku rasa lebih bebas. Aku boleh buka dan tutup, malah kalau buku tersebut rasa boring, aku boleh skip dan ambik dan baca buku yang lain.

Kalau rasa worldbuilding Sanderson rasa berat, dan otak aku rasa penat, aku ambik saja buku-buku lain yang lebih santai.

Dan yang lebih aku tak sangka adalah?

Setiap hari aku seperti menanti-nanti saat untuk aku balik rumah atau free time. Sebab aku boleh sambung balik mana-mana chapter yang aku tertinggal semalam.

Cakap pasal buku feksyen, genre ni seperti tempat untuk aku decompress. Walaupun ada buku-buku feksyen terutamanya yang melibatkan worldbuilding, ianya lebih komplek dan memeningkan. Sementara non-feksyen pulak menjadi tempat untuk aku kembali memikirkan pasal realiti kehidupan.

..

Ini benda simple yang aku belajar:

Benda yang bina habit membaca bukanlah disiplin. Bukan baca 20 muka surat sehari. Bukan setiap masa kena tracking progress.

Kuncinya adalah: Jadikan membaca itu seronok.

Dan aku teringat kata-kata Naval Ravikant:

Read what you love until you love to read.

Sesimple itu.

Otak kita ni selalu cari jalan pintas. Kalau kau sendiri rasa baca buku ni adalah satu kerja, otak kau akan cari jalan untuk skip it.

Tapi kalau kau boleh jadikan membaca ni lebih relax dan paling penting lebih playful, kau secara automatik akan kembali membaca. Tanpa rasa terpaksa.

Untuk aku, hack atau simple tweak yang aku belajar daripada isteri aku sendiri adalah dengan baca beberapa buku serentak. Dan antara buku-buku tadi gabung antara buku feksyen dan jugak buku non-feksyen.

Mungkin ni beberapa tips yang lain:

  • Masukkan buku-buku pendek
  • Kalau nak baca kat ofice, boleh cuba audiobook (isteri saya memang pakar bab ni)
  • Boleh baca jugak manga
  • Baca sewaktu lunch hour especially kalau ada hari yang kau berpuasa
  • Pastikan ada 1 buku yang kau boleh baca di mana-mana. Probably 1 kat office dan 1 buku dalam Kindle apps.
  • Gantikan boredom dengan membaca daripada scrolling social media.

Tapi prinsipnya adalah sama:

Make reading fun again.