2 min read

Bila Menulis Ni Rasa Susah

Bila Menulis Ni Rasa Susah

Pertama kali diterbitkan di Clear Output pada 22 Januari 2026.

Saya yakin kita semua penah menulis.

Kalau tidak semasa zaman sekolah, 10-15 tahun lepas, sekurang-kurangnya kita semua pernah menulis di Google Docs sekarang.

Jadi jom kita buat 1 exercise ringkas.

Ambik sehelai kertas. Atau bukak saja Google Docs baru.

Cuba anda tulis 1 perenggan. 300-500 patah perkataan. Tak perlu cantik. Tak perlu kata-kata bombastik. Tak perlu publish. Just tulis saja.

.

.

Sekarang cuba tengok jam. Berapa lama anda ambik masa untuk siapkan perenggan tadi?

Kalau anda boleh siap dalam 30-40 minit, anda adalah average kebanyakkan orang. Tapi saya boleh agak. Mesti ramai yang masih tenung kertas kosong tadi. Atau blank Google Doc tu.

Jangan risau.

Menulis memang tidak mudah. Especially zaman sekarang.

Zaman bila perhatian kita terbahagi-bahagi antara apps, notifikasi dan segala bentuk small dopamine dalam poket kita. Hari ini menulis bukan sekarang susah. Ianya dirasakan daunting.

Orang boleh konsisten dalam exercise. Orang boleh tahan diet sampai berbulan-bulan. Orang boleh bangun awal setiap pagi.

Tapi bila kita cuba apply mindset yang sama pada writing, ianya sepeti menakutkan.

Kenapa? Sebab masalah utama dengan menulis bukan pada disiplin.

Masalahnya ialah cara kita melihat menulis itu sendiri.

Seperti kita lihat, exercise, diet atau bangun pagi sebagai structure dan ada purpose. Kita jugak terbiasa anggap menulis jugak sesuatu yang begitu:

  • Mesti ada structured
  • Mesti ada purpose
  • Tulisan tersebut mestilah worth reading
  • Mesti ada intro, hook, list, conclusion yang bijak

Tanpa kita sedar, kita secara tak langsung menjadikan menulis sebagai performance.

Padahal, what if menulis bukan tentang sangat pasal menghasilkan sesuatu yang worth reading... tetapi menulis tentang memerhati?

What if menulis hanyalah satu bentuk daripada internal observation?

Boleh jadi anda menulis tentang:

  • Apa yang anda rasa hari ini
  • Apa yang berlaku semalam
  • Apa perasaan yang buat anda rasa resah atau tenang

Secara automatik, menulis mula rasa lebih ringan dan natural. Tidak lagi menakutkan sepeti yang kita bayangkan tadi.

Daripada "Nak Tulis Apa" ke "Documentation"

Bila kita duduk untuk "menulis" hari ini, soalan pertama selalunya adalah, "Aku nak cakap apa?".

Terus kita tiba-tiba tersekat. Daripada banyak sahaja monkey mind yang bising dalam kepala tiba-tiba diam, senyap.

Tapi bila kita tukar mindset tadi kepada documentation, soalan daripada aku nak tulis apa kepada aku yang aku perasan hari ini?"

Anda bukan lagi cuba mencipta idea. Anda cuma merekod realiti.

Cuaca hari ini. Keadaan badan hari ini bila malam sebelumnya anda pilih untuk exercise. Feels bila dapat siapkan tugas daripada boss. Perasaan resah tapi tiada sebab yang jelas.

Soalan-soalan kecik dan real. Walaupun skopnya adalah kecil, tetapi ianya mendalam.

Dan itulah ironinya. Apabila skopnya kecik, kita lebih mudah untuk pergi jauh. Kita lebih murah untuk bercakap atau menulis.

Apa Murakami Cakap Pasal Menulis

Dalam buku What I Talk About, When I Talk About Running, Haruki Murakmi tak cuba jadi bijak. Sebaliknya dia documentasi:

  • Rutin larian
  • Badan yang penat
  • Fikiran yang datang dan pergi
  • Detail yang nampak seperti remeh

Tetapi dari situ, muncul sebuah kejujuran.

Beratus kalau tak beribu tahun dulu, orang menulis atau journaling sebagai pemerhatian dalaman (internal observation) atau rekod peribadi. Tentang apa yang berlaku. Tentang cuaca hari ini. Tentang keadaan dalaman mereka.

Dan bukanya pasal performing atau self-branding. Tetapi untuk memahami diri sendiri

Dari situlah lahirnya karya agung seperti Meditations karangan Marcus Aurelius.

Bila kita jadikan menulis atau journaling sebagai alat untuk self-discovery dan memahami perihal dalaman, menulis menjadi lebih mudah dan ringan.

Anda tak fikir untuk impress seseorang. Anda tak fikir untuk viral. Anda fokus melihat ke dalam.

Menulis lebih mudah apabila kita melihatnya dengan cara yang betul.


Reference