1 min read

Mistborn (Brandon Sanderson)

Mistborn (Shopee)

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Penulis: Brandon Sanderson
Kategori: Feksyen, Fantasi
Habis: Disember 2025

Buku Ni Pasal Apa?

Mistborn mengisahkan sebuah dunia gelap yang sentiasa diselubungi mist dan dipimpin oleh seorang pemerintah abadi yang digelar Lord Ruler, seorang tiran yang dianggap sebagai Tuhan. Dalam dunia yang penuh penindasan ni, muncul seorang gadis jalanan bernama Vin yang tak tahu dia sebenarnya memiliki kuasa magik unik yang jarang wujud.

Dia kemudian ditemui oleh Kelsier, seorang pencuri legenda yang merancang sesuatu yang gila iaitu jatuhkan kerajaan yang tidak pernah tewas selama seribu tahun. Dari situ bermulalah perjalanan Vin belajar pasal kekuatannya dan menyertai satu kumpulan pemberontak dengan misi mustahil.

Cerita ni gabungkan magic system, dunia gelap, politik, dan heist.

Apa Yang Best?

Honestly ni buku tulisan Brandon Sanderon yang aku baca. Aku boleh katakan buku ni memang page-turner. Setiap chapter tu ada saja progress untuk watak-watak seperti Vin & Kelsier yang membuatkan aku nak baca chapter seterusnya.

Memang aku impress macamana Brandon boleh ada idea untuk buku ni pada tahun 2007.

Pembinaan setiap karekter pun bagus dan world-building pun bagus. Macam very details. Sebab tu bila aku baca seolah-olah aku boleh bayang setiap scene dalam buku ni.

Baca Ke Tak?

Kalau kau baru nak berjinak-jinak dengan tulisan Brandon Sanderson, ini antara buku yang kau patut baca.

Mistborn ni antara yang menyebabkan aku start suka baca buku feksyen semula lepas zaman sekolah menengah dulu. Pergi beli dan baca sendiri baru kau tahu kenapa. Highly recommended!