The Pathless Path (Paul Millerd)

⭐️⭐️⭐️⭐️
Penulis: Paul Millerd
Kategori: Non-feksyen, Self-help
Habis: Januari 2026
Apa Yang Best?
Saya hampir-hampir bagi rating 3 ⭐️ untuk The Pathless Path. Sebab untuk awal buku ini ianya agak perlahan. Tetapi bahagian akhir buku ini betul-betul menyentuh bahagian fundamental kerja dan apa yang saya buat.
Untuk 3-5 tahun lepas saya cuba untuk menjadi self-employed dengan mencuba pelbagai bidang. Mostly berkaitan dengan sale dan financial industri. Baik sebagai ejen takaful, ejen unit trust, ejen jual rumah dan sebagainya.
Tapi hampir semuanya tidak berjaya. Atau tidak serasi dengan saya. Sebab itulah bila saya baca bahagian akhir buku ini. Bila ianya mula menyentuh bahagian tentang the real pathless path yang penulis sendiri jalani, seolah-olah saya rasa buku ni sedang bercakap dengan saya sendiri.
Baca Ke Tak?
Sesuai untuk entrepreneur atau solo-preneur atau pun orang yang ingin mencari path atau kerjaya selain daripada yang ada sekarang, buku ini sesuai untuk anda baca.
Member discussion