3 min read

Ringgit Nampak Cantik. KLCI Pun Naik. Tapi Saya Confuse.

Personal reflection berkenaan ringgit Malaysia, bursa dan kenapa saya masih cautiously optimistic dengan perkembangan pasaran Malaysia sekarang.
Ringgit Nampak Cantik. KLCI Pun Naik. Tapi Saya Confuse.

Kebelakangan ni, saya rasa banyak sangat positive noise.

Kadar tukaran 1USD ke Ringgit Malaysia (RM)
Berita-berita pasal kenaikkan bursa Malaysia

Prestasi ringgit Malaysia semakin kukuh. Bursa Malaysia atau KLCI pun perform. In fact, pasaran bursa dikatakan berada ditahap paling tinggi berbanding sekurang-kurangnya 7 tahun lepas.

Kita sendiri boleh tengok dalam socmed. Semua orang nampak seperti excited dan optimis. Dan sejujurnya, saya pun rasa yang sama.

.

Siapa tak happy bila tengok hijau saja dalam porfolio masing-masing bukan? Rasa macam setiap 1 jam nak refresh trading app tu.

Portfolio saya dalam apps Moomoo (Dafter Moomoo di sini)

Saya tidak tahu anda. Tetapi untuk tengok profit lebih RM1,000 ni buatkan saya rasa gembira. Lagilah bila portfolio yang sama baru sahaja cukup 1 tahun.

Namun kalau betul-betul jujur. Jauh di hati ini, saya rasa kurang sedap.

Bukan sebab saya mahukan optimism ini hilang atau gagal. Jauh sekali. Tetapi sebabnya adalah kerana saya tidak pasti apa sebab sebenar yang berubah.

.

Dari apa yang saya perhati, data dan nombor-nombor (nilai ringgit, bursa Malaysia, aliran tunai asing (FF) dll) ni kurang mengambarkan perubahan asas dalam negara. Ianya tidak dirasai secara jelas.

Seperti nombor dan data ini tidak selari dengan apa yang dirasai oleh rakyat biasa di bawah. Ianya lebih kepada reaksi dunia, dan Malaysia kursusnya, terhadap mata wang USD yang semakin lemah sejak akhir-akhir ini.

Bila USD dilihat lemah, pasaran negara-negara membangun yang lain secara automatik dilihat lebih cantik, lebih attractive. Ada aliran modal asing masuk semula. Mata wang kian mengukuh. Dan seterusnya pasaran saham akan meningkat.

Ini adalah perkara biasa.

Tetapi semua ini tak bermaksud negara-negara ni tiba-tiba jadi lebih produktif dalam masa yang singkat.

.

Itulah antara bahagian yang buat saya tertanya-tanya.

Setakat ni saya belum nampak jelas berkenaan dengan:

  • struktur reform yang jelas
  • lonjakan produktiviti yang ketara
  • naratif pertumbuhan ekonomi yang kukuh
  • atau penambahbaikkan isu kritikal dalam sektor hospital kerajaan, brain drain atau isu gaji

Ya memang saya tahu semua perkara ini memerlukan masa. Ianya melibatkan perkara-perkara dasar dan polisi kerajaan yang perlu disemak dan mungkin perlu dirombak secara menyeluruh.

Which is why kenapa tak banyak kerajaan yang sanggup untuk ambik risiko dan mempunyai tekad politik untuk melihat perkara-perkara ini. Even kerajaan sedia ada sekarang.

Isu-isu ini perlahan. Bosan. Dan tidak seksi di mata pengundi. Tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhan memerlukan jalan penyelesaian daripada kerajaan.

Kerana sebenarnya inilah perkara-perkara yang akan menyokong pertumbuhan negara untuk jangka panjang.

.

Sementara pulak, pasaran saham biasanya bergerak lebih pantas.

Kadang-kadang ianya bergerak lebih awal daripada fundamental ekonomi negara. Menyebabkan terlihat ada lagging yang patut dirasai oleh rakyat di bawah.

Kadang-kadang jugak ianya bergerak semata-mata kerana arus global.

Jadi sekarang ni, susah untuk kita bezakan yang mana satu yang sedang berlaku.

Sebab tu awal-awal tadi saya cakap rasa seperti tidak sedap. Perasaan bercampur baur.

.

Of course, kita semua gembira melihat pasaran bursa naik. Ringgit pula semakin mengukuh. Tetapi still, saya masih berhati-hari dengan sebab kenaikkan tersebut.

Honestly, saya berharap saya silap. Atau saya hanya sekarang overthinking saja.

Saya benar-benar berharap rally yang berlaku dalam pasaran sekarang adalah isyarat awal kepada sesuatu yang lebih fundamental yang lebih baik. Bukannya sekadar perubahan yang terhasil daripada external factors atau kelemahan mata wang saja.

Selagi saya belum melihat apa-apa perubahan atau penambahbaikkan struktur daripada kerajaan atau Malaysia, saya pilih untuk anggap fasa ni sebagai cosmetic optimisms.

.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna saya akan duduk dan lihat saja. Mana-mana rancangan saya untuk tahun 2026 akan berjalan. Semua saham yang saya tengok kuat asasnya, aset-aset jangka panjang saya, dan sistem ASBF yang sudah saya setup akan diteruskan.

I’ll keep buying it. I don’t depend on alpha, tapi saya control my beta.

Bersihat pragmatik dengan risiko yang ada tidak sepatutnya menghalang kita mengambil ambik calculated risk dan stick to your plan.