Hi! Saya Amer.

Waktu siang hari saya ialah seorang digital growth marketer di Johor Bahru. Specifically on search engine optimization atau SEO.

Tetapi diluar waktu saya bekerja, saya memang banyak menulis. Dan tulisan-tulisan saya banyak berkisah tentang cerita dan idea pasal bisnes, personal finance, dan "penulisan" tu sendiri.

Selain itu, minat saya jugak adalah dengan homelabbing. Jadi pada hujung minggu, selain berkebun, saya jugak banyak habiskan masa dengan tinkering mini pc atau raspberry pi.

.

Jadi pasal blog ni, ianya adalah tempat saya bereksperimen, berkongsi dan menulis tentang apa-apa yang saya discover.

Saya jugak sedang membangunkan satu SEO projek dipanggil sebagai Clear Output. Ianya dibina untuk individu dan komuniti yang ingin menjadikan proses menulis lebih natural. Bukannya dipaksa-paksa.

Dan seterusnya daripada tulisan dan catatan harian mereka tersebut boleh menghasilkan sesuatu "output". Clear Output adalah distilation untuk proses tersebut.

Anda boleh baca tentang Clear Output di sini dan tulisannya di sini.

.

Berikut beberapa artikel saya yang muncul di 1st page Google kalau anda cari berkenaan dengan "membeli rumah", "bitcoin" atau "REITs" sebagai pelaburan. Atau "personal finance" secara general.

  1. Berapa Banyak Bitcoin Kena Ada? Asalkan Bukan Kosong.
  1. Cara Saya Labur dalam REITs Malaysia
  1. Rahsia Simpan Duit & Bina Kekayaan? Tengok Saja Orang Cina

Ini pula tentang membina blog dan jugak menulis blog.

  1. Cara Buat Blog yang Menjana Income

Selain dari artikel di atas, saya listkan 5-6 my favourite one untuk anda. Consider to spend some time and read it. ☺️

  1. Semua Orang Kata "Buy the Dip"
  2. Cara Saya Bina Portfolio RM10,000 Pertama
  3. Kenapa Saya Tak Akan Beli Rumah Sewa? (Dan Labur Dalam REITs Sebaliknya)
  4. Tempat Terbaik Untuk Melabur? ASB vs Tabung Haji vs Wahed Invest vs REITs vs Bitcoin
  5. ASBF Is (Still) Your Best Bet untuk Tahun Baru

Btw, setiap minggu saya share snippet of my personal reflection dan link tulisan yang saya publish pada minggu tersebut. Selain tu, ada jugak link artikel, blogpost atau video yang menarik saya baca atau jumpa. Anda boleh baca past issues di sini.

.

Matlamat jangka panjang blog ni, selain daripada tempat untuk saya belajar dan berkongsi, saya mahu blog ini boleh sustain itself. Maksudnya saya mahukan blog ni mampu menjana pendapatan sendiri.

Lebih kurang macam versi blog Ali Abdaal dan Nat Eliason. Atau versi blog Ringgit oh Ringgit daripada Suraya.

Anda ada apa-apa soalan nak tanya? Boleh saja komen atau email. Atau boleh reach out terus di platform X atau Instagram saya.

Akhir sekali, kalau anda tak nak terlepas apa-apa update pasal blog post terbaru yang saya publish di sini, boleh consider untuk subscriber newsletter tersebut.

Masukkan saja email anda di bawah.