Melabur Ni Senang. Yang Susah, Stick With the Plan

Rasanya anda semua dah tahu apa yang jadi 2-3 minggu lepas. Crypto was bullish! Bitcoin dan altcoins capai ATH hampir setiap 24 jam.
Jadi buat julung-julung kali kita boleh tengok portfolio kripto masing-masing menyala-yala warna hijau macam lampu isyarat. Rasanya macam bull run tahun 2021 dulu.
Graf kripo naik semuanya cantik. Kalau boleh hari-hari nak screenshot hantar dan login Luno setiap 10-15 minit. Dalam hati pulak mula fikir, "Hmm... after all maybe i'm genius."
Tapi lepas tu... saya tengok balik pelan pelaburan saya.
Waktu saya tulis pelan tu 2 bulan lepas, situasinya tak macam sekarang. Waktu tu kepala saya clear. Emosi saya stabil. Walaupun portfolio waktu tu ada naik turun, kita semua dah boleh adapt dengan nature of crpto market.
"Kalau kripto aku grow then X, aku akan trim portfolio kripto jadi 35% instead of 50%. Take the profit dan rebalance."
Senang kan? Sampailah tiba masanya.
Tiba-tiba masa tu ada suara lain yang datang:
"Kalau naik lagi macamana? Rugi nanti kalau jual. Menyesal nanti bla bla bla"
Dan sekarang ni saya tengah bergelut dengan diri sendiri. Sama ada nak stick to the plan atau langgar.
Melabur Tak Susah
Dengan adanya internet dan zaman chatGPT sekarang, sesiapa pun boleh belajar asas melabur. Cakap je nak melabur apa? Daripada unit trust, saham sampai ke kritpo semuanya boleh cari.
Dan umumnya konsep melabur ini sama saja:
- Pelbagaikan aset (Diversify)
- Beli dan hold (Long-term)
- Imbang semula bila sampai masa (Rebalance)
Kalau kita tengok atas kertas, semua konsep ni nampak mudah. Sebab ianya berdasarkan logik nombor tambah tolak saja. Dan kita biarkan kuasa compounding buat kerja.
Apa yang tinggal hanya kita tekan butang kat apps Luno tu sikit-sikit je... lepas tu tunggu.
Betul tak?
Kalau mudah macam tu kenapa orang masih takut untuk melabur? Kenapa sampai kena hire financial planner atau hedge fund untuk buat kerja kalau melabur ni hanya main tekan-tekan je?
Yang Susah Adalah...
Bab yang paling susah apabila melabur adalah untuk kita stick dengan plan yang kita dah buat bila sampai masa.
Contoh sekarang ni, bila tengah untung, otak kita mula rasa macam nak langgar saja pelan yang kita dah buat sebelum ni. Otak mula berfikir-fikir:
- "Kalau naik lagi macamana?"
- "Kalau ni adalah the next bull run?"
- "Kalau aku jual, lepas tu harga naik 50-70%?"
FOMO is real. Disebalik rasa benci kita bila rugi atau kehilangan sesuatu, kita lagi benci bila rasa terlepas sesuatu peluang. Sebab tu walaupun konsep melabur semua dah tahu...
... masih ramai yang terbeli masa harga tengah tinggi dan terjual masa harga tengah rendah.
Sebab itulah ada istilah seperti buying the dip atau don't time the market, but time in the market. Kebiasanya yang akan menjadi pemenang utama adalah pasaran bukannya individu seperti kita.
Sebab tu nasihat pelabur ulung seperti Warren Buffet mencadangkan untuk kebanyakkan orang awam untuk melabur dalam ETF atau index fund. Kerana ianya bukan soalan nombor dan kira-kira.. ianya soalan emosi dan psikologi manusia.
Kenapa Kena Ada Pelan
Kadang-kadang kita rasa pelan ni tak perlu ada pun. Sebab follow pelan ni biasanya perkara boring. Tapi bila saat macam ni, bila market penuh dengan noise, pelan ni adalah satu keperluan.
Bila momen emosi sudah mula mengaburi keputusan kita, kita perlukan logik sebagai panduan.
Dengan trimming profits, bukan bermaksud kita tak nak untung. Tapi kita lock-in keuntungan sedia ada dan kurangkan risiko. Dan kita pastikan portfolio tu tak terlalu bergantung hanya pada 1 aset saja.
Ini sangat jelas dalam case saya, 50% daripada portfolio saya bergantung kepada kripto.
Fikir macam panjat gunung. Mustabil untuk kita terus naik tanpa berhenti berehat. Sampai satu masa kita kena relax, ambil tenaga minum kopi atau tidur bila perlu.
Dan paling penting adalah supaya kita boleh sampai ke atas dan kita boleh selamat kembali ke base camp. Daripada mati di tengah jalan sebab kepenatan.
Macam Mana Nak Kekal Ikut Pelan
Ini beberapa cara yang saya jumpa untuk bantu supaya kita stick dengan pelan yang kita buat:
- Pre-commit: Ini membantu saya. Sebelum saya buat keputusa untuk jual, saya akan tulis terlebih dulu. Maybe 2-3 hari sebelum saya execute. Jadi bila sampai masa saya hanya follow the plan.
- Reframe pasal jual: Anda tak missing out. Cumanya anda simpan profits yang ada ke tempat lain. Mungkin ianya sebagai bullet bila sampai masanya.
- Journal keputusan: Ini saya baru praktis 2-3 bulan lepas. Supaya pada masa depan saya boleh tengok semula dan lihat apa beza bila saya buat berdasarkan rational dengan emosi.
Real Game
Baik beli Bitcoin atau saham, semua orang boleh buat. Lagi-lagi sekarang kita ada platform yang dah regulated dan centralized macam Luno. Bab tu dah jadi senang.
Tapi the real game adalah menjadi pelabur yang stick dengan pelan yang ada dan execute the plan bila sampai masa.
Sebab pelan yang dirancang tanpa execution adalah sia-sia.
Masa tu adalah waktu anda akan diuji. Kerana akhir sekali, anda tidak bertaruh dengan market atau orang lain. Anda sebenarnya bertarung dengan diri sendiri.
Member discussion