8 min read

Rupanya Dah Boleh Ambik Takaful Online Tanpa Agent?!

Rupanya Dah Boleh Ambik Takaful Online Tanpa Agent?!

Saya dah ada idea pasal sign-up takaful online ni dah lama. Maksudnya ambik insurans ataua takaful tanpa melalui ejen. Dan jujurnya saya sangat suka dengan idea ni.

Kenapa saya suka idea sign-up takaful online atau takaful DIY (Do-it-Yourself) ni? Sekurang-kurangnya ada 3 sebab yang munasabah untuk saya.

  1. Saya sendiri pernah jadi ejen takaful. Jadi saya ada la serba sikit pengetahuan pasal insurans/takaful ni secara general.
  2. Isu medical repricing. Baru-baru ni semua syarikat insurans/takaful mengalami kenaikkan caruman bulanan. In fact, ada syarikat yang naik sampai 2-3 kali dalam tempoh 1 tahun!
  3. Lebih murah. Disebabkan kita sendiri yang sign-up dan kena uruskan sendiri insurans/takaful ni, jadi kita boleh jimatkan kos di bahagian komisen ejen.

Jadi baru-baru ini saya discover satu benda... sekarang memang kita dah boleh sign-up takaful ni secara online! Dah ada beberapa established syarikat insurans/takaful yang sediakan kemudahan ni. Antara yang saya tahu adalah:

  • Great Eastern Takaful
  • Takaful Malaysia
  • AIA Takaful
  • FWD Takaful

Benda yang sebelum ni saya ingatkan syarikat-syarikat insurans/takaful tak akan buat atau tak berani buat, sudah menjadi realiti! Adakah khidmat ejen sudah tak diperlukan? Atau pun sebenarnya masyarakat kita sudah makin pandai.

Jadi saya give it a try.

.

Dan saya boleh katakan proses sign-up secara online ni sangat mudah dan lancar. Flownya tak ada beza dengan sign-up melalui ejen. Kecuali cara ni saya hanya klik-klik saja. Rasa macam beli tikel kapal terbang pun ada jugak. Heheh.

Personally, saya rasa dengan adanya internet dan LLM macam chatGPT, banyak benda yang kita boleh belajar tanpa perlu berjumpa dengan ejen.

In fact, dengan prompt yang lengkap, chatGPT ni siap boleh bagi recommendation yang hampir lengkap.

Ini prompt yang saya buat:

Saya berumur 30 tahun. Sudah berkahwin dengan 2 orang anak. Pendapatan saya sekitar dalam RM4,000 dan saya mempunyai komitment seperti rumah sebanyak RM800 (harga rumah RM150K) dan saya mempunyai komitment loan kereta sebanyak RM700 (baki pinjaman 4 tahun). Bagi saya cadangan pelan hibah takaful dan medical card yang sepatutnya saya ambik berdasarkan komitment dan tanggungan saya

Ini hasilnya:

  1. Hibah Takaful
  1. Medical Card

Recommendation & Budget

Saya boleh katakan recommendation ni sebenarnya sesuai untuk hampir 95-98% masyarakat awam. Kecuali korang perlukan pelan-pelan yang lebih kompleks seperti keyman policy, investment-linked dan MRTT/MRTA.

Plus point, kalau korang sendiri pun ada idea berapa banyak coverage yang korang sepatutnya ambik. Samada dari segi hibah, pampasan sakit krtikal atau pun limit medical card korang.

Oleh tu, saya highly recommand korang dengar course daripada Suraya @ Ringgit oh Ringgit pasal How to Buy Your Own Damn Insurance. Course ni sangat-sangat bagus untuk korang faham perkara asas dan cara untuk beli insurans/takaful.

How to Buy Your Own Damn Insurance Course (Shoppe)

Disampaikan pulak dalam keadaan santai yet berisi. Jadi course 2 jam tu korang akan rasa macam sekejap saja.

Just take a look how Suraya write her blog, macam tulah dia sampaikan course ni. Korang siap dapat action worksheet lagi untuk korang buat.

Paling penting bila korang decide nak ambik takaful dengan ejen nanti, diorang pun tak berani kalau-kalau diorang nak cuba klentong atau salah bagi maklumat kat korang 😆

Bukan apa, kadang-kadang bila kita jumpa agent ni, lepas dia explain panjang lebar dan bagi quotation kadang-kadang kita rasa macam kena push sikit.

Tapi saya tahu tak semua ejen macam tu.

In fact, ejen-ejen sekarang dah tahu public sekarang dah pandai. Kalau diorang ni terlampau hard-sell, silap-silap orang tak jadi ambik. Jadi lebih baik mereka ambik pendekatan soft-sell dan lebih ke arah memberi ilmu atau free consultation.

.

Sebelum korang bukak laptop dan nak sign-up takaful online, ada beberapa benda yang saya nak highlight.

  1. Kalau korang memang totally kosong pasal takaful, sign-up melalui ejen masih lagi pilihan yang bagus. Paling best bila korang pun dah ada serba sikit ilmu lepas dengar course 2 jam daripada Suraya tu dalam kereta.
  2. Kalau korang memang dah tahu apa yang korang nak ambik (contohnya, hibah RM200K & limit medical card RM100K setahun), sign-up takaful secara online make sense dan berbaloi.
  3. Jangan ambil under-insured. Jangan sebab nak murah dan jimat, korang ambik coverage dan limit medical card yang kecik. Setiap orang ada coverage dan limit berbeza-beza mengikut keperluan. Kalau tak nanti susah bila kemudian hari.
  4. Setakat ni pelan takaful yang korang boleh sign-up secara online masih limited. Pelan asas seperti hibah takaful, pampasan sakit kritikal, medical card even PA memang sudah ada. Tapi kalau korang mencari pelan perlindungan yang lebih kompleks better bercakap dengan ejen yang sah.

Personally, saya rasa kemudahan untuk sign-up takaful secara online ni bukan untuk replace ejen. In fact, ada ramai kat luar sana yang masih perlukan khidmat ejen atas sebab-sebab tertentu seperti masa dan keutamaan.

Tapi untuk orang yang suka dengan idea DIY atau nak explore sendiri perlindungan mereka, ini adalah kemudahan yang sangat convenient untuk mereka.

Jadi orang kat luar sana sekarang ada pilihan samada nak sign-up secara DIY atau Do-it For Me.

Cara Saya Sign-up Pelan Hibah dengan Great Eastern Takaful Secara Online

*Pertama sekali saya nak clarify siap-siap yang saya tak dibayar atau disponsor oleh Great Eastern Takaful untuk blog post ni. Tapi kalau ada pekerja Great Eastern atau GETB nak sponsor blog saya ni, my DM is open 😉.

Kenapa Great Eastern Takaful? Jujurnya, saya sendiri pernah jadi ejen di bawah syarikat ni dulu. Zaman-zaman saya habis belajar tahun 2017 hingga 2020.

Jadi daripada pengalaman menguruskan claim-claim customer saya yakin dengan kemampuan dan pencapaian mereka. In fact, hampir semua pelan takaful adik beradik saya termasuk isteri saya sekarang adalah daripada GETB.

Let's start!

  1. Masuk ke website Great Eastern Takaful Online

Setakat saya tulis blog post ni, ada beberapa pilih takaful yang korang boleh sign-up. Antaranya:

  • i-Great Murni 2.0 (Hibah)
  • Mikrosayang (Takaful daripada Bank Negara Malaysia)
  • i-Great Medi Care (Standalone medical card)
  • i-Great Critical Care (Pampasan sakit kritikal)
  1. Pilih pelan takaful anda

Macam yang saya sign-up ni adalah hibah takaful i-Great Murni 2.0. Ianya adalah pampasan untuk kematian atau kecacatan kekal.

Berbanding dengan caruman medical card, caruman hibah Takaful ni biasanya lebih murah. Lagi-lagi kalau korang ialah lelaki yang tidak merokok dan berumah bawah 35 tahun.

Mudahnya, korang ni golongan yang rendah risiko di mata syarikat insurans/takaful.

  1. Isi maklumat asas

Bahagian ni anda perlu isi maklumat asas seperti jantina, tarikh lahir, status merokok, pendapatan dan perbelanjaan bulanan.

  1. Tetapkan jumlah coverage atau pampasan

Korang kena tetapkan jumlah pampasan hibah yang korang nak.

Rule of thumb saya guna adalah tambah semua hutang yang korang ada, especially hutang dengan bank atau institusi. Ianya termasuklah hutang rumah, kereta, kredit kad, personal loan dan PTPTN (kalau ada).

Jumlah baki hutang = Jumlah pampasan hibah

Ideanya adalah kalau berlaku apa-apa samada kematian atau lumpul kekal, hutang-hutang tersebut saya atau keluarga saya boleh selesaikanya dengan pampasan hibah tadi.

Tengok! Untuk pelan hibah sebanyak RM200,000, caruman bulanan saya hanya RM33.85. Of course, bila meningkat usia dan pendapatan/perbelanjaan jumlah hibah ni wajar dinaikkan.

  1. Baca Product Disclosure Sheet (PDS)

Ni bahagian yang ramai orang including me tak baca sangat. Sebab PDS ni panjang dan banyak sangat jargon words.

Tapi yang paling penting korang kena tahu summary pampasan yang korang ambik macam dalam kotak merah di bawah.

  1. Daftar i-Get in Touch

i-Get in Touch ni adalah dashboard yang korang boleh tengok summary dan details semua sijil takaful yang korang ada. Baik sijil hibah, pampasan sakti kritikal ataupun medical card.

Alangkah baiknya kalau i-Get in Touch ni ada jugak sebagai apps mobile. Tapi rasanya dulu macam penah dalam bentuk apps 🤔.

Ni contoh dashboard i-Get in Touch saya. Hibah takaful dah settle. Untuk sijil medical card takaful saya dah sign-up tapi belum terima update dalam dashboard ni. Kebiasanya tempoh underwriting bagi medical card ni akan ambik masa sikit.

  1. Isi maklumat peribadi
  1. Isi maklumat pekerjaan
  1. Jawab questionnaire

Untuk questionnaire ni tak banyak. Tapi saya nak highlight kat sini kalau korang sign-up untuk medical card, soalan-soalannya jauh lebih banyak.

Better korang jawab dengan jujur untuk mengelakkan ada masalah waktu nak claim kelak nanti.

  1. Upload documents

Korang perlu upload gambar IC depan dan belakang. Pastikan gambar tersebut jelas dan terang.

  1. Review application

Korang kena double check maklumat yang korang isi sebelum ni. Kalau ada yang silap dan perlu ubah boleh back semula ke bahagian "Personal Details" dan isi maklumat yang betul.

  1. Isi maklumat penama

Kalau korang sudah berkahwin, biasanya bahagian ni korang akan masukkan maklumat pasangan masing-masing. Yang mana masih bujang, korang boleh isi maklumat ibu bapa (kalau masih ada) ataupun adik beradik korang.

Penama ni penting kalau dalam kes korang meninggal dunia, pampasan tadi akan diberikan kepada penama. Anda boleh letak penama ni lebih daripada 1 orang besera dengan bahagian % yang anda inginkan.

  1. Declaration

Hampir siap.

  1. Bayaran

Final step adalah korang kena buat bayaran untuk caruman pelan korang sebelum sijil ini akan dikuatkuasa atau enforce.

Saya nak highlight kat sini, bayaran ni adalah caruman untuk bulan pertama dan bulan kedua. Jadi caruman korang yang seterusnya adalah pada bulan ke-3 selepas sijil ni enforce.

Jangan korang terkejut pulak bila masa nak buat transaction tu jumlahnya jadi 2 kali ganda ye daripada caruman asal.

  1. Receipt payment

Selepas korang selesai buat bayaran, korang akan terima resit bayaran daripada syarikat insurans/takaful sebagai pengesahan. Tahniah!

Korang dah berjaya sign-up takaful secara online tanpa ejen.

  1. Proposal PDF

Tak lama selepas tu, korang akan terima PDF proposal sijil takaful korang. Boleh download dan simpan PDF ni untuk rujukan akan datang.

Saya ingat masa saya jadi ejen takaful dulu, proposal atau sijil ni semua dalam bentuk fizikal copy. Miss the old days.

Kalau korang berminat untuk explore sign-up takaful secara online ni, saya recommend untuk korang baca serba sikit pasal asas-asas insurans/takaful. Sekarang semuanya dihujung jari

Kalau korang tak tahu nak dapatkan sumber yang bagus sebab terlampau banyak sangat, korang boleh dapatkan course How to Buy Your Own Damn Insurance daripada Suraya ni. Saya jamin korang tak akan menyesal.

Hopefully blog post ni memberi ilmu dan manfaat untuk korang!